CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 0

Sofian `perturun' ilmu kepada pelumba muda

[Copy link]
Post time 15-10-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba pasukan kebangsaan, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri disambut penyokong ketika melakukan pendakian pada saingan LTdL PETRONAS 2022 peringkat ketiga dari Putrajaya ke Genting Highlands, semalam. - Foto BERNAMA

IPOH: Pelumba senior, Sofian Nabil Omar memegang peranan penting dalam skuad kebangsaan pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) PETRONAS 2022 yang sudah memasuki peringkat keempat hari ini.

Sofian yang menjadi perhatian ketika edisi tahun 2019 selepas mempamerkan kayuhan bertenaga sekali gus membolehkan dia mampu menyarung Jersi Putih untuk klasifikasi terbaik Asia dalam beberapa peringkat ketika itu.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu berkata, dia gembira dapat menurunkan 'ilmu' dimilikinya kepada barisan pelumba kurang berpengalaman seperti Kee Zhe Yie yang berusa 19 tahun dan Ameen Ahmad Kamal (27).

Sofian yang bakal berusia 30 tahun pada 2023, adalah pelumba kedua paling senior dalam skuad kebangsaan kali ini selepas Nik Azwan Zulkifle yang berusia 32 tahun.


"Saya fikir kami sudah melakukan dengan baik setakat ini. Kami sudah meningkat dari hari ke hari dan harap akan ada sesuatu yang dapat diraih," kata Sofian. "Peranan saya adalah untuk mengawal perlumbaan dan pelumba kerana sesetengah pelumba ini seperti Zhe Yie dan Ameen belum pernah beraksi di LTdL.

"Izzat Hilmi Abdul Halil pula memberi tumpuan kepada pecut manakala Nik mempunyai tugas untuk melakukan pemecahan. Kami akan melihat situasi dari hari ke hari terutama selepas kehilangan Ameer (kembar Amin) pada hari pertama.

"Tentunya ia satu kerugian kerana dia tengah berada dalam prestasi terbaiknya ketika latihan."

Untuk rekod, Ameer mengalami masalah keracunan makanan sebelum bermulanya saingan LTdL PETRONAS 2022 dan berada dalam keadaan yang tidak begitu sihat pada peringkat pertama perlumbaan.

Sofian yang tidak menyertai mana-mana pasukan selepas Sukan SEA Manila 2019, memulakan perniagaan kedai basikal, Lion Bike Studio pada pertengahan 2020 namun menyatakan karier sebagai pelumba masih menjadi keutamaannya.

"Persiapan untuk LTdL agak rumit kerana saya juga perlu menguruskan perniagaan. Ketika ini, saya mengupah seseorang untuk menguruskan perniagaan manakala saya pula boleh menyertai perlumbaan," katanya.

"Begitupun, keutamaan saya masih kepada karier sebagai pelumba, agak sukar untuk saya meninggalkan dunia perlumbaan. Ramai senior saya masih berlumba dan saya tidak mempunyai alasan untuk bersara pada ketika ini."

Skuad kebangsaan mempamerkan prestasi yang agak baik pada edisi ke-26 setakat ini dengan Izzat meraih penamat ke-10 ketika Peringkat 2 dari Kuala Kelawang ke Raub manakala Zhe Yie menjadi pelumba Malaysia pertama menemui garisan penamat di Peringkat 3 dari Putrajaya ke Genting Highlands, semalam.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kepada-pelumba-muda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076343 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list