CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

Wolff bengang dengan FIA

[Copy link]
Post time 15-10-2022 09:24 AM | Show all posts |Read mode

TOTO Wolff. FOTO Reuters

Brackley: Toto Wolff menegaskan kenyataan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) bahawa pelanggaran had bajet Formula Satu (F1) dilakukan Red Bull sebagai kesalahan kecil tidak memberi keadilan kepada impak kesalahan itu.

FIA mendapati Red Bull bersalah kerana berbelanja berlebihan tahun lalu iaitu lebih lima peratus atau AS$7.25 juta (RM34 juta), melebihi had ditetapkan AS$145 juta (681.2 juta).

Prinsipal pasukan Mercedes F1, Wolff berkata: "Adakah ia disebut sebagai pelanggaran kecil, kerana saya fikir perkataan itu mungkin tidak sesuai.

"Jika anda membelanjakan lebih AS$5 juta (RM23.4 juta) dan ia masih dianggap sebagai pelanggaran kecil, ia sebenarnya memberi impak besar kepada kejuaraan.


"Untuk makluman anda, kami memantau dengan teliti alat mana yang dibawa ke trek daripada pasukan utama pada setiap pusingan perlumbaan bagi musim 2021 dan musim 2022.

"Kita dapat melihat ada dua pasukan teratas yang berbelanja hampir sama dan ada satu lagi pasukan yang berbelanja lebih.

"Kami tahu apa yang kami belanjakan, iaitu AS$3.5 juta (RM16.4 juta) setahun untuk alat yang diperuntukkan untuk kereta. Jadi anda pasti akan dapat melihat ada perbezaan jika anda berbelanja lebih AS$500,000 (RM2.3 juta) daripada bajet asal."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bengang-dengan-fia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list