CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

Red Bull bersalah melanggar had kos F1

[Copy link]
Post time 13-10-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Verstappen ketika di hentian pit pada Grand Prix Jepun di Suzuka, minggu lalu.

Paris: Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull yang diwakili juara dunia dua kali, Max Verstappen melebihi had bajet untuk musim 2021, kata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), sambil menambah bahawa kesalahan itu adalah 'pelanggaran kecil'.

FIA juga menyatakan Aston Martin turut didapati melanggar peraturan kewangan Formula 1 dan sebarang hukuman akan diputuskan kemudian.

Had itu berkuatkuasa sejak musim lalu dan ditetapkan pada AS$145 juta (RM677.4 juta).

Ia bertujuan mengehadkan perbelanjaan untuk menjadikan sukan berkenaan berdaya maju dan juga merapatkan jurang persaingan antara pasukan besar dan kecil.


Verstappen menamatkan musim lalu dengan mengecewakan Lewis Hamilton dari Mercedes untuk memenangi gelaran dunia pertamanya.

FIA berkata pihaknya pada masa ini sedang menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil.

"Pelanggaran perbelanjaan berlebihan adalah kecil," kata kenyataan itu iaitu kurang daripada lima peratus daripada jumlah had pasukan dan boleh mengakibatkan dikenakan 'penalti yang kecil'.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... elanggar-had-kos-f1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056698 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list