CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 696|Reply: 3

Tom Cruise Bakal Jadi Pelakon Pertama Berlakon Di Angkasa Lepas

[Copy link]
Post time 11-10-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Tom Cruise berkongsi sudah bersedia untuk meningkatkan kemahiran menjadi juruterbang meluncur ke angkasa lepas bagi penggambaran filem seterusnya.


Menurut laporan Mirror.co.uk, Tom, 52, dikatakan sedang berbincang dengan Universal Films Entertainment Group untuk mendapatkan perjanjian menuju ke stesen angkasa antarabangsa bersama semua pelakon dan kru yang terlibat.




Getty Images




Difahamkan, pelakon Hollywood itu terpaksa menangguhkan ideanya ke angkasa lepas selama beberapa tahun gara-gara pandemik Covid-19.


Pihak Universal juga nampaknya berminat untuk memulakan perjalanan ke galaksi bersama Tom, selepas pengerusi syarikat Donna Langley mengesahkan mereka sedang mencari idea bagi merialisasikan projek berkenaan.


"Saya rasa Tom mampu membawa kami ke angkasa lepas dan sekali gus membawa dunia ke luar angkasa. Itulah perancangan kami.


"Kami mempunyai satu projek hebat bersama pelakon itu untuk menaiki roket ke stesen angkasa lepas," katanya.


Keseluruhan konsep ini bukan sahaja menjadikan Tom sebagai pelakon pertama yang melakukan penggambaran filem di angkasa, malah dia juga bakal melangkah keluar melakukan perjalanan sebenar di angkasa lepas.




Wire Image




Terdahulu, Tom pernah dikhabarkan akan bekerjasama dengan syarikat SpaceX milik Elon Musk untuk ke angkasa lepas, namun belum ada pengesahan dibuat oleh SpaceX setakat hari ini.


Untuk rekod, filem lakonannya Top Gun: Maverick merupakan filem paling berjaya pada tahun ini selepas mengutip jualan AS$ 1 bilion (RM4.4 bilion) dalam carta filem box office.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 12:50 PM | Show all posts
mengggggggeeeelebeh nya segala mak nenek kat badan... dah tak ensem tok cruise ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:28 PM | Show all posts
Untuk filem MI ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah dia ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058057 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list