CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 0

Cabaran getir menanti pasukan negara

[Copy link]
Post time 10-10-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

BARISAN pelumba negara yang akan beraksi di LTdL 2022 bermula esok hingga 18 Oktober ini. FOTO Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)

Kuala Lumpur: Pasukan berbasikal negara menyedari cabaran besar menanti mereka ketika beraksi dalam perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang akan membuka tirainya esok sehingga 18 Oktober ini.

Bagaimanapun, ketua jurulatih negara, Mohd Yusof Nasir menegaskan bahawa pelumba negara yang kebanyakannya dibarisi pelumba muda tetap akan tampil dengan aksi konsisten selain cuba sedaya upaya untuk menyaingi beberapa pasukan pilihan lain.

Mohd Yusof berkata, antara perancangan digunakan adalah dengan mengikut rentak yang cuba dibawa pasukan lain dan mencari seberapa banyak ruang untuk mengambilnya sebagai kelebihan.


"Kami akan cuba yang terbaik dan akan bersaing semampu yang boleh dalam perlumbaan kali ini. Bila ada enam pasukan Pro Tour, jadi dalam setiap perlumbaan memang mereka yang akan pegang. Perlumbaan kali ini akan jadi sepertimana dia Eropah.

"Pasukan dari Asia pula terpaksa ikut rentak mereka. Bagaimanapun kami akan gunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada dalam perlumbaan itu.

"Kemungkinan pasukan negara pun akan ikut rentak mereka sebab kalau nak ubah memang susah. Kita akan ikut saja apa yang sesuai dalam perlumbaan nanti," katanya kepada Arena Metro.

Ditanya mengenai kerjasama dengan pasukan Malaysia yang lain, Mohd Yusof menjelaskan buat masa ini ia tiada dalam perancangannya memandangkan setiap pasukan juga mempunyai misi dan sasaran tersendiri.

"Kalau nak kata bergabung itu tak juga sebab mereka pun cuma guna dua saja pelumba Malaysia dan empat lagi pelumba luar negara. Jadi, pasti mereka ada sasaran tersendiri dan mungkin misi kami tak sama.

"Nak kata bantu itu tidaklah sebab kami pun tak tahu apa perancangan mereka. Kalau mereka buat yang terbaik pun tetap akan naikkan nama Malaysia dan kami akan buat perkara sama," katanya.

Mengulas lanjut berkenaan perlumbaan peringkat pertama esok yang membabitkan laluan dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur sejauh 157.3 kilometer (km) itu, Mohd Yusof mengakui ia mungkin akan memberi sedikit cabaran kepada barisan pelumba negara.

"Perlumbaan peringkat pertama esok, pada saya agak mencabar sebab ia melibatkan dua bukit dan kalau nak memecut itu agak merbahaya tapi kami tetap akan cuba duduk dalam kelompok yang terbaik.

"Secara keseluruhan pasukan dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang masalah. Mental dan fizikal setiap pelumba juga sudah bersedia," katanya.

Pelumba yang akan menggalas cabaran negara dalam LTdL kali ini adalah Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Sofian Nabil Omar Bakri, pelumba kembar Muhammad Ameer dan Muhammad Ameen Ahmad Kamal, Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil dan pelumba muda Kee Zha Yie serta dua pelumba simpanan Ariff Danial Noor Roseibi dan Norhasmat Abdul Aziz.

Untuk rekod, sepanjang 2022 ini adalah kejohanan ketiga di peringkat antarabangsa buat pasukan negara selepas Jelajah Thailand pada April dan Sukan Sea Vietnam pada Mei lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... anti-pasukan-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050949 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list