CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18357|Reply: 291

[Tempatan] Tak boleh nak hadap menteri bodoh, team bebal, kementerian sengal' - Tular staff pejabat menteri luah rasa kiciwa di LinkedIn.Sanggup dihadap ke mahkamah

  [Copy link]
Post time 8-10-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-10-2022 12:26 AM


Takk boleh hadap menteri bodoh, team bebal, kementerian sengal," demikian luahan seorang lelaki yang dipercayai kakitangan awam tular di media sosial, mengundang banyak reaksi netizen.

Menurut lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai AAMS, 26, berkata, setelah beberapa bulan berkhidmat di pejabat menteri berkenaan, menimbulkan rasa serik untuk terus bekerja di sektor kerajaan.



Difahamkan, AAMS ditempatkan di pejabat menteri tersebut atas usahanya sendiri tanpa menggunakan sebarang 'cable'. Sejak mula berkhidmat, AAMS nekad menyumbang idea dan membawa perubahan kepada sektor pertanian. Tetapi perasaan hampa datang melanda apabila perkara yang diharapkan itu tidak berlaku.
"Saya boleh terus duduk di sana sambil goyang kaki dan menanti gaji di hujung bulan. Tetapi itu bukan pilihan saya. Saya mahu menyumbang idea dan membawa perubahan dalam sekto pertanian, sektor yang paling tenat untuk 10 tahun akan datang.

"Sekali pun saya dituduh di mahkamah dan dipenjarakan (kerana membuat pendedahan di Linkedin), saya tetap reda dan bersyukur kerana tanggungjawab saya sudah selesai menegur yang di atas dan yakin saya akan dikurniakan kehidupan sejuta lebih baik selepas kematian," katanya

LUAHAN AAMS DI LAMAN LINKEDIN



"Menterinya kehulu kehilir rasmi program tiap hari, menghabiskan duit rakyat. Menanggung seorang menteri yang tak function sahaja berpuluh ribu.



"Ini baru seorang, belum lagi team beliau yang sememangnya bebal. Cuba tanya apa yang sebenarnya mereka lakukan selain menghabiskan duit rakyat," katanya.



Selain itu, AAMS turut mempersoalkan budaya kerja yang lembab dan kaki kipas dari atas sampai ke bawah. Malah, data dan kajian yang menelan kos jutaan ringgit juga tidak diguna atau dimanfaatkan untuk membantu rakyat khususnya pada waktu pandemik.



"Abang tak hairan kenapa UMNO tak angkat dia walaupun telah berkhidmat lama dalam UMNO. Sebab sememangnya tak pandai buat kerja. Beruntung dapat jadi menteri sebab Muhyiddin dah tak ada calon lain. Mungkinlah tu," katanya.
AAMS menggesa rakyat bersatu mempertahankan industri pertanian dan industri makanan dan tidak meletakkan harapan pada pemimpin dan kementerian berkenaan yang pada pandangannya dua pihak itu perlu diajar serta diberi tekanan.

"Tak kiralah siapa yang naik selepas ini, industri ini sangat kritikal dan perlu diasak oleh kita sebagai rakyat dan petani kecil.

"Abang cabar menteri berkenaan untuk berdebat secara terbuka. Itupun kalau beliau berani walaupun abang yakin dia pengecut.

Sudahlah, tak boleh hadap macam mana orang sebegini mahu mentadbir negara. Lagi tak boleh tahan, ramai anak muda bila masuk dalam sektor kerajaan terikut-ikut budaya mengipas. Nak kerja? Nak jawatan? Atau nak naikkan negara? Semua sembang lebat sehinggalah ditawarkan itu dan ini.

"Abang buat apa-apa mesti kena grand, supaya energi tak terbuang sia-sia. Dapat maximise sehabis mungkin termasuklah nak signing off," katanya.

Sumber: Twitter Azhar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemen apakah itu? Buat2 tanya?


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah realiti alam pekerjaan dik..xkira gomen atau private..Sama jer Ada sesi kipas lipas..Dan Sama juga..org bwhan kerja bagai nak rak..org ATS yg ala budus sombong ( yg BTL bgs xpela) , tau mengarah ITU ini...pastu Ada LG.. acara makan2 juga... kehkehkeh yg ni xpela..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 01:24 AM | Show all posts
Mmg style budaya keja pprt kan dlm opis gomen, melenggang kangkong belagak berkuasa tp takde pembaharuan yg dibawa, dr atas sampai ke bwh. Ko nak keja dgn menteri berkualiti ko tunggu hannah yeoh yeo bee yin gobind singh anghony loke n oii kisn meng jd menteri klu dorg menang nanti. Boleh tanya staff gomen yg penah keja dgn dorg, cara keja sgttt berbeza yachhh, tak pprt mcm yg biasa ni

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 8-10-2022 12:46 AM
Itulah realiti alam pekerjaan dik..xkira gomen atau private..Sama jer Ada sesi kipas lipas..Dan Sama ...

Kat porem ni pun haderrrrr sister
Laki keja gomen gred ptd 48 jek tapi bini membongak serupa laki dia timbalan menteri
Kebangga paspot diplomat kulu kilir gaji dabel katanye
Hakikat sebenaq dok kat opis jadi budak suruhan sajok cuci2 taik balaci menteri, taik menteri pun lambettttttt lagi dia mampu cuci

Tah hape digebang kat bini dirumah
Hengat sonok sangat gamaknye keja gomen cap ptd neh
Bahagia lagi jadi acik konter jpj
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 8-10-2022 01:24 AM
Mmg style budaya keja pprt kan dlm opis gomen, melenggang kangkong belagak berkuasa tp takde pembaha ...

Di sbbkan acik gobind lah iols dpt hapgred unifi laju secara percuma...
Kalau nk harap menteri sblm dia, sampai kesudah ler iols duk guna unifi siput babi
Sayang acik gobind ketat²...
Harap dia naik balik sb skmm skrg tak guna...patut skmm protect hak pengguna..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2022 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 8-10-2022 01:50 AM
Kat porem ni pun haderrrrr sister
Laki keja gomen gred ptd 48 jek tapi bini membongak serupa  ...

Indon sekor tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 8-10-2022 01:54 AM
Indon sekor tu ke?

Friskies mintak keja dgn porem cari tauuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 8-10-2022 01:56 AM
Friskies mintak keja dgn porem cari tauuuuuuu

Moderator ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dream job kah makan gaji buta + kerja gomen?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya mentari sendu  makan gaji buta sampai aku pun xtau sapa menteri pertanian?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Xguna la kalau jd menteri mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Definitely bkn kj kan @syd

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 8-10-2022 04:39 AM
Punya mentari sendu  makan gaji buta sampai aku pun xtau sapa menteri pertanian?

Samalah kita..jap lagi nak google
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 iols Google siapa menteri pertanian. Hehe. Tgk timbalan menteri pun sampai 2 org...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:39 AM | Show all posts
sedihnya baca...

jangan hairan kita akan hadap masalah-masalah dalam sumber makanan berasaskan pertanian akan mulai membesar dan bila kita dah sedar ianya dah jadi krisis..

bila baca part "ke hulu ke hilir pakai blazer bawa tempurung kepala yang kosong" sangat mengguris perasaan, kita dah boleh agak fungsinya cuma untuk facial sahaja, isi kosong...

kita bagi nasib kehidupan kita diurus manusia bodoh ini, janganlah harap dapat keuntungan... malapetaka yang kita dapat, ianya akan pasti datang walaupun ianya muncul perlahan-lahan. sama seperti nilai duit kita jadi tisu tandas dibanding dengan negara jiran walaupun nilai dahulu sama kerana kelemahan pengurusan berpuluh tahun...

tukarlah menteri bodoh ini...

buat petisyen untuk tolak menteri tak ada kebolehan bekerja ini sepatutnya menjadi keutamaan lebih besar lagi dari  petisyen-petisyen seperti masalah pilihan berdasarkan parti parti.. tetapi rakyat kita sendiri pun tidur, ingat mereka akan begini sahaja, tak ada kesan kepada pertanian barangkali fikirannnya..tunggulah sumpahannya

sistem pilihan pemimpin untuk menerajui nasib kita rakyat sepatutnya kena rombak untuk elak kebodohan....sistem pilihan raya sekarang sudah terlalu lama, dah exposed dah kelemahan

patut ditambah satu lagi lapisan supaya kualiti pemimpin lebih terjamin... seperti contohnya sesiapa yang nak join politik dan bertanding pilihanraya, mesti dah join dunia bekerja sebenar dalam perindustrian ker, pertanian, produksiker  dan dah menjawat jawatan yang tinggi... harap-harap kita dapat elak manusia bodoh spt menteri ini

jadi, tak ada guna orang muda-muda dah join politik tapi bahagian otak untuk kerja ruangnya kosong, niat semua nak jadi macai supaya dapat kekayaan dengan mengampu... jadi otaknya terdidik nak jadi pemimipn kena kumpul penyokong2 yang sokong secara bodoh dan membuta tuli, maka taburlah duit.. memang nahaslah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 06:41 AM | Show all posts
Some people want his job.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 8-10-2022 01:56 AM
Friskies mintak keja dgn porem cari tauuuuuuu

Kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan staff.... practical student sajork...

  
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 8-10-2022 01:50 AM
Kat porem ni pun haderrrrr sister
Laki keja gomen gred ptd 48 jek tapi bini membongak serupa  ...

Sapo pulak ni cik gomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.768694 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list