CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3937|Reply: 65

[Tempatan] Bajet 2023, platform harungi 'ribut ekonomi'

  [Copy link]
Post time 7-10-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini memberi amaran ekonomi global berdepan kemelesetan tahun depan susulan tindakan bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah, selain pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan perintah berkurung di China.

Malaysia sebagai ekonomi terbuka juga dijangka terkena tempiasnya yang akan akan menjejaskan pertumbuhannya. Bank Dunia baru-baru ini juga menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus yang dibuat sebelumnya.

Berikutan itu, Bajet 2023 bercirikan pengembangan yang akan dibentang oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz petang ini dijangka menjadi platform untuk persediaan negara mengharungi ramalan 'ribut ekonomi' pada tahun hadapan.

Dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar kerajaan dijangka akan terus menyediakan bantuan serta sokongan yang relevan kepada rakyat dan perniagaan, berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat meliputi segenap lapisan masyarakat, khususnya kumpulan B40 dan M40.

Bertemakan Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia, Belanjawan 2023 akan digubal berdasarkan tiga bidang keutamaan.

Pertamanya, memperkukuh momentum pemulihan ekonomi dengan memastikan pertumbuhan bukan sahaja dari aspek KDNK tetapi turut merangkumi aspek pekerjaan dan pendapatan untuk rakyat Malaysia dan perniagaan.

Keduanya, memperkukuh daya tahan ekonomi untuk mendepani kejutan pada masa hadapan menerusi pembaharuan ke arah mewujudkan perlindungan sosial yang lebih baik terutamanya bagi masyarakat yang mudah terjejas, sistem kesihatan awam yang lebih kukuh, kedudukan fiskal yang lebih mampan untuk menyediakan penampan terhadap kejutan masa hadapan serta pemberian subsidi dan bantuan secara lebih bersasar.

Akhir sekali, melaksanakan pembaharuan yang komprehensif dalam aspek ekonomi perniagaan, sektor keutamaan dan negara untuk muncul lebih berdaya saing di peringkat global di samping memperkukuh agenda pembangunan mapan.

Secara ringkasnya, Bajet 2023 akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, pendapatan, dan perlindungan sosial serta menambahbaik daya saing perniagaan dan rantaian nilai di samping memperkukuhkan kedudukan fiskal kerajaan dan daya tahan negara dalam mendepani sebarang kejutan pada masa akan datang.

Susulan itu, kerajaan dijangka memperkenalkan langkah untuk mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi kepada rakyat, seperti membangunkan bakat masa hadapan melalui peningkatan kemahiran dan latihan semula serta mempertingkatkan rangka kerja perlindungan sosial yang lebih bersasar.

Untuk itu langkah menjana lebih banyak peluang pekerjaan dengan prospek pendapatan yang lebih baik menerusi pengenalan pelbagai inisiatif dan strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat adalah perkara yang dinantikan dalam belanjawan kali ini.

Antara inisiatif utama adalah memberi tumpuan kepada penerusan program peningkatan kemahiran dan latihan semula, peningkatan produktiviti melalui pendigitalan dalam aktiviti ekonomi dan memastikan penyediaan gaji yang wajar kepada rakyat.

Selain itu, strategi untuk mempercepat penggunaan automasi dan aktiviti pengeluaran bernilai tambah tinggi juga akan diperkukuh untuk menggalakkan pewujudan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi.

Sementara itu, ahli ekonomi turut menjangka kerajaan akan meneruskan langkah mewujudkan kesejahteraan holistik dan pembangunan inklusif bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ini kata mereka, boleh dilaksanakan dengan menambah baik persekitaran hidup, bekerja dan bermain.

Hasrat ini memerlukan pembangunan komuniti yang berdaya huni melalui penyediaan perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan pengangkutan yang berkualiti kepada rakyat.

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan dijangka akan terus menerima peruntukan perbelanjaan mengurus terbesar yang mencerminkan kepentingan akses meluas kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Dari segi memantapkan lagi sistem perlindungan sosial, ahli ekonomi berpendapat kerajaan dijangka akan terus mengurangkan beban kewangan rakyat, pemberian bantuan tunai langsung kepada golongan mudah terjejas akan dipertingkat dan lebih bersasar terutamanya kepada warga emas, pelajar sekolah, orang kelainan upaya (OKU), orang asal dan ibu tunggal serta usaha yang berterusan untuk mengawal kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan impak kepada rakyat.

Turut dijangka disentuh pada Bajet 2023 adalah, langkah mengoptimumkan potensi tenaga kerja Malaysia.

Susulan itu kerajaan dijangka memberi tumpuan khusus untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan dan peluang bekerja semula terutamanya kepada graduan menganggur, wanita yang meninggalkan pasaran buruh, OKU dan penganggur.

Usaha bagi meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita akan memerlukan kaedah tertentu termasuk memberi kemudahan akses kepada penjagaan kanak-kanak mampu bayar.

Turut dijangka dibentangkan adalah pemberian pelbagai bantuan termasuk subsidi secara lebih bersasar.

Ini kerana dianggarkan lebih separuh daripada subsidi yang disediakan pada masa ini telah memberi manfaat kepada kumpulan isi rumah teratas (T20) .

Program bantuan tunai dan subsidi bahan api khususnya akan ditambah baik untuk memastikan pelaksanaan mekanisme pengagihan yang lebih berkesan.

Menyedari kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Bajet 2023 dijangka akan memberi tumpuan kepada strategi untuk memulihkan keupayaan perniagaan dan meningkatkan daya saing industri.

Kerajaan dijangka memberi tumpuan untuk memperkukuh penyelarasan program merentasi kementerian bagi memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif dengan pantas selain langkah khusus untuk memupuk kerjasama antara PKS dan komuniti inovator (MNC dan akademia).

Antara perkara lain yang turut dijangka disentuh pada bajet kali ini adalah memperkukuhkan daya tahan kesihatan awam; pengurusan risiko bencana; transformasi penyampaian perkhidmatan awam; sekuriti makanan; ekonomi Islam dan pertumbuhan hijau.

Sebahagian besar penganalisis juga berpendapat antara industri dan pertumbuhan baharu yang dijangka mendapat perhatian adalah industri elektrik dan elektronik, aeroangkasa, industri sawit, kimia, farmaseutikal, digital dan 5G.

Secara umum, sebahagian besar penganalisis berpendapat, bajet akan dibentangkan pada hari ini adalah satu belanjawan yang sukar kerana selain daripada perlu mengatur perbelanjaan dengan lebih berhemah untuk berdepan kesan global pada tahun hadapan, malah lebih menyulitkan lagi susulan terdapat jangkaan ia bakal menjadi 'bajet populis' Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bajet 2023 mungkin menjadi tugas yang rumit iaitu mengimbangi pilihan di antara rancangan pengurangan defisit atau pelan pengukuhan fiskal bagi meningkatkan keyakinan pelabur serta perniagaan dengan kemungkinan menjadi Bajet Pilihan Raya.

Tidak dapat dinafikan ekonomi Malaysia ini hampir pulih sepenuhnya daripada kesan negatif pandemik COVID-19 yang menyaksikan kemelesetan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.5 peratus pada 2020 dan pertumbuhan perlahan 3.5 peratus pada 2021.

Pada tahun ini petunjuk utama berkaitan ekonomi sebahagian besar sudah menunjukkan peningkatan luar jangkaan antaranya Indeks Pengurus Pembelian (PMI), jualan kenderaan meningkat 271.7 peratus dan jumlah eksport Malaysia meningkat 30.3 peratus kepada RM1 trilion.

Petunjuk ini jelas mencerminkan ekonomi Malaysia pada tahun ini bakal mencatat pertumbuhan luar jangkaan atau mengatasi unjuran sebelumnya iaitu 5.3 hingga 6.3 peratus.

Bagaimanapun, Malaysia tidak boleh menarik nafas lega kerana perlu berdepan pula dengan kesan negatif gelora ekonomi global yang sebahagian besarnya berpunca daripada ketidakstabilan geopolitik khususnya ketegangan Russia-Ukraine yang belum berakhir.

Konflik yang menyaksikan sekatan dagangan dan kewangan dikenakan ke atas Russia dan sekutunya menyebabkan lonjakan tinggi harga komoditi utama khusus minyak mentah, gandum dan lain-lain, sekali gus tekanan inflasi 'menyerang' sebahagian besar negara di dunia khususnya yang bergantung kepada import termasuk Malaysia.

Tindakan drastik bank pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah dalam beberapa siri kenakan yang keseluruhan sebanyak 3.0 peratus kepada 3.25 peratus bagi menangani inflasi menyebabkan nilai dolar AS melonjak berbanding mata wang utama.

Bank pusat negara lain juga turut menjejaki langkah berkenaan dalam usaha membendung inflasi, menstabilkan mata wang masing-masing dan mengimbangi pulangan kadar faedah benar.

Bank Negara setakat ini sudah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.75 peratus kepada 2.5 peratus, namun masih rendah jika dibandingkan dengan kadar sebelum pandemik iaitu 3.0 peratus.

Nilai ringgit merosot kira-kira 10 peratus berbanding dolar AS, pound British (-19.5 peratus); euro (-14.4 peratus), yen (-20.2 peratus), won Korea (-17.4 peratus); peso Filipina (-13.6 peratus) dan baht Thailand (-12 peratus).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1009169/bajet-2023-platform-harungi-ribut-ekonomi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 08:08 AM | Show all posts
I enjoyed reading your thread, I liked it.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapan semua mestilah bajet mesra rakyat dgn mengambilkira situasi pasca pandemik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap takde komen yg ckp TZ nmpk hensem petang ni dlm baju melayu kaler biru air laut bagai
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:35 PM | Show all posts
penjawat awam dapat bonus sebulan tak
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 7-10-2022 02:35 PM
penjawat awam dapat bonus sebulan tak

Hina sangat maruah rakyat sampai hard up sangat mengemis utk sebulan bonus?

Is that our worth tok?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-10-2022 02:34 PM
Harap takde komen yg ckp TZ nmpk hensem petang ni dlm baju melayu kaler biru air laut bagai

Biasanya yang suka komen macam ni wartawan sendiri dan lepas tu konon-kononnya pi cari orang awam untuk komen
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-10-2022 02:34 PM
Harap takde komen yg ckp TZ nmpk hensem petang ni dlm baju melayu kaler biru air laut bagai

Budget islamik kekdahnya dgn head gear segala....

Marah marah hati rakyat macam mana  pun terasa sujukkkkkkkkk jua...lihat songkok terletak diatas jembala ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 02:53 PM | Show all posts
ermmmm........mcm xde mood nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-10-2022 02:34 PM
Harap takde komen yg ckp TZ nmpk hensem petang ni dlm baju melayu kaler biru air laut bagai

Komen off tangent camni kalo wartawan duk depan aku, mmg aku lempang...  

Boleh tak utilize masa TZ dengan benda2 yg berfaedah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 7-10-2022 02:53 PM
ermmmm........mcm xde mood nk tgk

Aku tunggu summary kat telegram grup official tu je.. senang scroll
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 03:10 PM | Show all posts
green~tea replied at 7-10-2022 02:57 PM
Aku tunggu summary kat telegram grup official tu je.. senang scroll

kan tgu je kua peta minda...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 03:28 PM | Show all posts
yang penting sekupang pun aku takkan dapat pun
semua dapat dekat orang kerja kerajaan je
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bajet sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 7-10-2022 03:39 PM

[Tengku Zafrul menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
07 OCT 2022

Tengku meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023 pada petang Jumaat.

IKLAN

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru turun dari pejabatnya memegang erat sebuah beg sampul hitam dengan corak tenunan Perak dipercayai mengandungi teks ucapan Bajet 2023.]


Berbusana biru....org tua kata warna biru iteww warna mati...adakeww budget jua saling tak tumpah matinya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-10-2022 02:34 PM
Harap takde komen yg ckp TZ nmpk hensem petang ni dlm baju melayu kaler biru air laut bagai

Si giler glamour TZ ni sendiri dah tanya 'Ada yang teka betul tak colour baju saya?'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 04:12 PM | Show all posts
bajet dh bentang ke belum, kaka tengah drive. please update
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-10-2022 04:12 PM
bajet dh bentang ke belum, kaka tengah drive. please update

Dah start
Sekarang ni tengah announced untuk 'Bantuan Keluarga Malaysia'
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:22 PM | Show all posts
sunyi sepi
sebelum2 ni belum bentang pun dah meriah rumah bajet ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:22 PM | Show all posts
green~tea replied at 7-10-2022 02:57 PM
Aku tunggu summary kat telegram grup official tu je.. senang scroll

Kat mana nak tgk telegram official ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.300065 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list