CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 945|Reply: 6

[Dunia] Lamar kekasih guna cincin lolipop, lelaki ditampar secara ‘live’

  [Copy link]
Post time 7-10-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


WASHINGTON – Seorang lelaki ditampar dan disimbah air oleh teman wanitanya di hadapan ribuan penonton selepas ‘melamar’ gadis tersebut menggunakan cincin lolipop, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kejadian yang berlaku di sebuah stadium ketika perlawanan besbol antara pasukan Toronto Blue Jays dan Boston Red Sox itu tular selepas video pasangan berkenaan dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menghentikan teman wanitanya yang ketika itu sedang berjalan ke arah tempat duduk.

Selepas memeluk erat wanita tersebut sambil menyebut perkataan: “Saya cintakan kamu”, lelaki berkenaan melutut di hadapannya.

Wanita tersebut dilihat menutup mulutnya dengan wajah teruja sambil disaksikan oleh beribu-ribu penonton yang mula merakam momen bahagia proses lamaran itu termasuk media rasmi yang turut memancarkan video mereka pada skrin utama.

Lelaki tersebut kemudian dilihat mengeluarkan sebuah  kotak berwarna hitam daripada  poket seluarnya sambil dinantikan wanita berkenaan dengan penuh debaran.

Bagaimanapun, harapan untuk menerima sebentuk cincin pertunangan yang mahal dan cantik akhirnya musnah apabila lelaki tersebut mengeluarkan cincin lolipop dari kotak sama.

Berang dengan isi kotak tersebut, wanita berkenaan menampar teman lelakinya sambil memarahinya dan menyimbah air minuman ke atas lelaki itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada lamaran tersebut hanyalah satu gurauan atau asli, namun netizen mempunyai pendapat yang berbeza.

“Lelaki itu melakukan tindakan yang menjengkelkan. Jika dia tidak boleh bersikap serius terhadap sesuatu  perkara yang penting, bayangkan bagaimana dia akan berterusan menjadi seseorang yang tidak acuh,” kata seorang pengguna.

“Itu sudah membayangkan bagaimana kehidupan lelaki itu nanti jika dia mengahwini teman wanitanya. Lupakan dia,” kata seorang netizen yang membantah tindakan gadis itu. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/10/06/lamar-kekasih-guna-cincin-lolipop-lelaki-ditampar-secara-live/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah..nk dpt free marketing je ni..tgk profil jual mvm2 brg nnti
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 08:07 AM | Show all posts
tak perlu lah sampai nak tampar & simbah air.. jalan aje lah tinggal kan dia

atau dia sekadar nak test gf dia.. bodoh nya idea..

aku pun tak nak.. cincin bodoh, dah hisap boleh semput
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 08:10 AM | Show all posts
Pretty not bad.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 08:46 AM | Show all posts
mana videonye,bukti xde
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 08:55 AM | Show all posts
betul marah siot...


aku pun marah dengan cincin untuk budak-budak tu... bodoh lelaki tu tapi baranggkali lelaki tu miskin



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2022 08:57 AM | Show all posts
kecik tetek pasangannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058777 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list