CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4180|Reply: 71

[Jenayah] Anak putus asa tunggu bantuan Putrajaya, mahu terjun bangunan, kata ibu mangsa permerdagangan manusia di Myanmar

  [Copy link]
Post time 7-10-2022 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 7-10-2022 06:42 AM

Seorang ibu mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar berkata, beliau akan ke sana sendiri untuk menyelamatkan anaknya, jika mempunyai kuasa.

PUTRAJAYA: Seorang warga emas berkata, anaknya yang dikurung dan diseksa oleh sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar sudah berputus asa menunggu bantuan dari Putrajaya.

“Pagi ini saya menangis. Anak saya mahu lompat dari bangunan KK Park Garden. Dia nak bunuh diri. Dia tanya Myanmar sangat dekat, kenapa tak ada orang datang (selamatkan)? Apa sudah jadi dengan kerajaan kita?“Ini dah terlalu lewat. Kita (kerajaan Malaysia) terlalu lewat. Apa yang kamu tunggu lagi? Nak tunggu mayat ke? Myanmar biadab. (Media) Tulis besar-besar, biadab,” kata wanita itu sambil mengusap dada dan perutnya menahan sebak apabila menceritakan kisah anaknya di Myanmar.

Ibu malang itu hadir bersama wakil Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk menghantar memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Putrajaya bagi menggesa badan dunia itu membantu menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di Laos dan Myanmar.Jika PBB boleh buat sesuatu, boleh bantu, itu yang terbaik. Tapi kerajaan kita mana? Di mana mereka semua? Anda semua di Parlimen bercakap. (Pergilah) Selamatkan mereka yang dalam senarai (minta bantuan). Kami (ahli keluarga) lari (pergi) ke sana sini (buat laporan) untuk apa?

“Mereka kata (jika terima laporan) seorang pun akan selamatkan. Mereka kata di Parlimen dan lepas itu kata tunggu duit dari pembentangan Bajet 2023. 2023? Semua orang di sana sudah mati.

Wakil PBB, Richard Marshall menerima memorandum yang diserahkan MHO di Putrajaya hari ini.

“Saya rasa lebih baik saya pergi ke sana sendiri, lebih cepat dari kamu, tapi saya tak ada kuasa,” luahnya kesal.

Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim menyuarakan penghargaan selepas wakil PBB, Richard Marshall menerima memorandum berhubung isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia.Katanya, diharapkan PBB akan masuk campur dan memberi tekanan kepada Myanmar yang dilihat seolah-olah membenarkan negara itu menjadi hab pemerdagangan manusia.

“Kita tak dengar sebarang komen dari perdana menteri Myanmar untuk bantu Kedutaan Malaysia di Myanmar selamatkan rakyat Malaysia.“Kita sangat bimbang dengan kerajaan Myanmar. Selagi mana adanya hab pemerdagangan manusia di Myanmar yang seolah-olah dilindungi kerajaan Myanmar, selagi itulah Asean dalam keadaan tidak selamat.”

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel admin@befrienders.org.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg bg dia pergi kje sane?
Kerajaan paksa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Malaysia sibuk nk PRU gila kuasa....tunggu anak org kementerian yg kena culik...baru ada tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
aik... kerajaan pulak yg dipersalahkan.. ade ke org letak pisau kt leher anak kau suh pergi kerja kt sana.. pantang nampak offer duit kepok2.. terus jadi tolol ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nk ckp apelah, mostly yg g sana semua nak kerja yang boleh kaya cpt. Kalau ikut logik orang myanmar pun byk dtg sini cari kerja. Acik ni sabar2 la, ingat kerajaan senang2 je ke nk settlekan benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikkkk. Memaksa² betul. Itu Anak nak terjun lah. Hairan. Sendiri mahu Sana sebenarnya.

Tak faham. Bukan pergi belajar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Pagi ini Aku baca bengang. Sendiri pergi, sendiri mahu terjun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tengok ke orang Sana pun datang sini bekerja. Buatlah research sblm ke Sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 7-10-2022 07:37 AM
marlow replied at 7-10-2022 06:54 AM
Bukan nk ckp apelah, mostly yg g sana semua nak kerja yang boleh kaya cpt. Kalau ikut logik orang my ...


Setuju sangat2
Better I tell the truth
Sorry to say kaum Cina yang paling ramai hadap sangattt nak kerja kat ovc ni especially kat Singapore
Ramai software engineer terutama dari kaum Cina yang hadap sangat nak pi kerja kat Singapore sebab gaji kat sini almost 300% lebih tinggi dari yang depa dapat dari kat Malaysia
Sepatutnya kerajaan tak perlu nak pi selamat kan depa2 yang hadap sangat nak pi kerja kat ovc tapi demi humanity kerajaan Malaysia amat bertimbang rasa sehingga sanggup nak pi selamat kan depa2 ni
Syabas di ucapkan kepada Menteri Luar Negeri iaitu Dato' Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Luar Negeri Dato' Kamarudin Jaffar yang begitu proaktif dalam misi ini
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Terjun dulu la
Nanti mak hantar.merc utk.u pakai.ke.syurga..
Duit pung.nanti bakar2..kasi u shopping..

Dah la.mintak tlg..pastu pertikai.lagi kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tengok maknya ni dah terdesak.
Kerajaan kena proaktif ada larangan sesiapa yg keluar negara konon dpt tawaran keja padahal masuk perangkap perdagangan manusia.
Buat rang undang2 ke nak banteras jenayah ni ke.
Tapi Malaysia pun ada kurangnya terkenal kes jenayah dagang manusia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
terjun jela aunty. abes chite. org sane pn sibok masok sini. anak u pulak sibuk ke sane.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 7-10-2022 06:51 AM
Kerajaan Malaysia sibuk nk PRU gila kuasa....tunggu anak org kementerian yg kena culik...baru ada ti ...

Apa punya statement ni…dia sendiri yg nk pergi…semua benda nak salahkan kerajaan…senanglah hidup mcm tu…
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mehmet replied at 7-10-2022 07:06 AM
Tak tengok ke orang Sana pun datang sini bekerja. Buatlah research sblm ke Sana.

Itu lah pasal
Mudah terpedaya dengan kata2 manis recruitment agency tanpa buat research dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 7-10-2022 07:32 AM
Apa punya statement ni…dia sendiri yg nk pergi…semua benda nak salahkan kerajaan…senanglah hidu ...

Dah mmg betul pun kerajaan duk sibuk PRU..

Dah knp polis sibuk nk selamatkan kes culik agen kosmetik tu lagi pun dia tokan dadah?..senang la hidup agen kosmetik tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bangsa kau suka ke pemimpin melayu..suruh LKS LGE p tolong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 7-10-2022 08:30 AM
shernazz replied at 7-10-2022 07:23 AM
Terjun dulu la
Nanti mak hantar.merc utk.u pakai.ke.syurga..
Duit pung.nanti bakar2..kasi u shopping ...


Tak mustahil sebelum ni orang tua ni yang kuat bagi dorongan anak dia pi kerja sana dek gelap mata dapat gaji yang banyak dan condemn gaji kat sini seciput
Sekarang bila dah timbul masalah macam ni meroyan nak salahkan kerajaan pula lambat rescue sedang kan dah sedia maklum betapa teruknya kerajaan dan keadaan negara Myanmar itu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni jadi  punca dari kerajaan juga...kerajaan yg fail sb negara kita matawang makin jatuh...gaji makin kecik...barang makin naik..

Kaum melayu juga berlumba2 pi jadi kutip buah merata dunia yg matawang tinggi...ramai juga yg kena tipu...sampai mati kat luar negara...

Knp bangla..indon datang ke Malaysia?...sebab kerajaan mereka failed untuk bagi kerja pada rakyat sendiri...

Sama juga Malaysia...



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 7-10-2022 07:43 AM
Tak mustahil sebelum ni orang tua ni yang kuat bagi dorongan anak dia pi kerja sana dek gelap mata ...

Yezzaaa
Myanmar neh mmg susah nak runding2...
Tengok la dia buat nohen kat rohingya...
Apatah lagi kes2 mcm ni bukan dia amek kesah pung..
Tu pasal sindiket suka ke sana...
Pelacur bawah umo pung banyak transit sana sebelum ke thailand...sebab senang kawtim...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 7-10-2022 07:40 AM
bangsa kau suka ke pemimpin melayu..suruh LKS LGE p tolong...


pelikkan dorg ni.. bila jadi hal mcm ni... pandai plak minta tolong dengan kerajaan..  ke dorg tahu 2 org tu x boleh membantu pon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.086587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list