CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 866|Reply: 4

[Tempatan] Bukan double standard Mat Saleh vs Mat Nepal:Doktor kontrak ditawar jawatan tetap masih tidak puashati diletak kami di skala gaji lebih kecil berbanding pegawai perubatan lain

  [Copy link]
Post time 6-10-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 6-10-2022 11:40 PM

PETALING JAYA: Doktor kontrak yang diserap tetap diletakkan dalam kategori bawah berbanding pegawai perubatan lain walaupun melakukan tugasan termasuk menggalas tanggungjawab sama.

Menurut beberapa doktor, tindakan itu menimbulkan “keganjilan” sehingga menjejaskan moral.

Doktor yang bercakap kepada FMT berkata, “tidak adil sama sekali” memandangkan turut melakukan kerja sama seperti mereka yang memasuki perkhidmatan sebagai pegawai tetap dalam UD41 dan naik ke UD44 selepas menjalani “housemanship” selama dua tahun.

Bagaimanapun, doktor kontrak yang bermula pada UD41 diletakkan di UD43 apabila ditawar jawatan tetap tiga tahun kemudian.

Kata mereka, bukan saja perbezaan bayaran sekurang-kurangnya RM500, malah kenaikan gaji tahunan adalah RM225, berbanding RM225 diterima doktor di UD44.

Tahun lalu, lebih 1,000 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap, manakala selebihnya 3,500 dijadual mula bertugas, pada 17 Okt. Dianggarkan, terdapat 30,000 doktor kontrak.

Seorang doktor berkata, cukup aneh apabila terdapat dua skala gaji – satu bagi mereka yang diserap secara langsung pada masa lalu dan satu lagi bagi mereka yang menjalani khidmat kontrak tiga tahun sebelum ditawar jawatan tetap dalam sektor awam.

“Mereka yang berada dalam UD43 tidak layak menerima elaun keraian RM400 sebulan yang diberikan kepada mereka dalam UD44. Kebiasaannya, selepas empat tahun dalam kategori berkenaan, pegawai perubatan dinaikkan ke skala UD48 di mana gaji asas dan elaun lain juga meningkat.

“Jadi, dengan meletakkan kami dalam UD43 tanpa ada hitam putih berhubung kategori mana pula akan diletakkan seterusnya, banyak yang kami hilang. Keganjilan ini perlu diperbetulkan,” katanya.

Seorang lagi doktor, berkata keadaan pilih kasih ini tidak boleh diterima kerana mereka tidak dapat memahami alasan diletakkan dalam skala berbeza. “Adakah kerajaan berfikir kami perlu menerima seadanya dan menunjukkan penghargaan hanya kerana mereka menjadikan kami pegawai tetap? Tolong layan kami seperti profesional,” katanya.

Bulan lalu, pegawai pergigian kontrak yang ditawarkan jawatan tetap diberitahu, mereka akan kembali ke gred permulaan sekiranya menerima tawaran dikemukakan.

Dalam surat tawaran kepada 300 doktor pergigian yang berjaya, baru-baru ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berkata, mereka akan diletakkan di gred permulaan UG41 walaupun mereka sudah dinaikkan ke UG44 sebagai pegawai kontrak.


https://www.msn.com/en-my/news/berita/kenapa-letak-kami-di-skala-gaji-lebih-kecil-soal-doktor-kontrak-ditawar-jawatan-tetap/ar-AA12BGDl?ocid=entnewsntp&pc=U531&cvid=050bfee537f840719f4606625e0b515b

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape lagi la dyrg ni x puas hati
Der betulkan niat dulu

My auntie kerja doktor tetap kerajaan dia plg hangin sebb doktor kontrak yg bising2 ni x leh buat kerja langsung
Bila ditegur diri tu rasa pndai sedgkan bru kerja
Last sekali dyrg pun mals nk hadap doktor kontrak nie

Tah la labu ni yg my auntie xerita x taw la betul ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Forever complaining...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dah dapat kerja lepas belajar pon bersyukur . yang bidang lain susah jugak belajar tak ada pulak hadap kerajaan bagi kerja gaji sekian sekian zzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Costing study doc ni mahai jugak kawan aii cakap. Lagi2 yg ambik specialist tu..mmg xberbaloi pun dgn gaji & workload kalau kerja gomen. Sbb tu dia aman2 ja jadi doc kat klinik private.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.084988 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list