CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 5

[Dunia] 66 kanak-kanak maut di Gambia, WHO siasat cecair ubat batuk India

[Copy link]
Post time 6-10-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan peringatan pada Rabu berhubung cecair ubat batuk dan demam selesema dibuat Maiden Pharmaceuticals di India, dan memberi amaran ia mungkin mempunyai kaitan dengan kematian 66 kanak-kanak di Gambia.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga mengingatkan bahawa ubat yang tercemar berkenaan mungkin sudah disedarkan di luar negara Afrika Barat itu, sambil menambah negara lain mungkin terdedah kepada ancaman sama.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu pemberita bahawa empat cecair ubat batuk dan demam selesema berkenaan "mempunyai potensi kaitan dengan kecederaan buah pinggang akut dan 66 kematian kanak-kanak".

Tedros berkata, WHO sudah "menjalankan siasatan lanjut terhadap syarikat terbabit dan pihak berkuasa kawal selia di India".

Berdasarkan amaran produk perubatan dikeluarkan WHO pada Rabu, empat produk terbabit adalah Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.


Pada Khamis, pihak berkuasa Gambia sudah mengambil sampel cecair parasetamol dan promethazine dari isi rumah luar bandar dari dua wilayah.

Siasatan kementerian kesihatan Gambia, bermula Julai dan masih berjalan, memetik bahawa bakteria E coli mungkin sebagai punca kegagalan buah pinggang akut itu.

"Dapatan awal daripada siasatan yang masih berjalan menunjukkan bahawa ada kemungkinan cecair parasetamol dan promethazine yang menyebabkan kegagalan buah pinggang akut dalam kes ini," kata ahli nefrologi yang mengetuai siasatan kementerian, Abubacarr Jagne, kepada AFP.

Pihak berkuasa kesihatan pada 23 September mengarahkan semua ubat yang mengandungi cecair parasetamol dan promethazine, supaya ditarik semula.

Gambia mengalami banjir terburuk dalam tempoh beberapa tahun pada Julai, menyebabkan limpahan dari pembentung dan tandas.

"Sejak Julai 2022, terdapat peningkatan kes penyakit buah pinggang serius dengan kadar kematian yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak susulan penyakit cirit-birit," kata kementerian dalam kenyataan pada September.

Kenyataan itu berkata, bakteria E coli ditemukan dalam najis kanak-kanak berkenan yang turut didapati mengambil cecair ubat batuk parasetamol.


https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2022/10/889216/66-budak-maut-who-siasat-cecair-ubat-batuk-india

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg buat ubat batuk tu Maiden Pharmaceuticals di India dan yg jd mangsa kanak2 di gambia…adakah mereka ini guinea pigs…
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk sense8 kt netplix ada karekter ni saintiss kt kampeni pharmaceutical. Obt2 yg dh nk expired/low quality depa export bg negara2 miskin. Mebi ada kebenaran dlm cita fiction gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul-betul menakutkan kerana salah satu ubat adalah ubat yang amat biasa digunakan, iaitu sirap PCM keluaran syarikat tersebut, Maiden Pharmaceutical (India).

Kasihan kanak-kanak yang menjadi mangsa kesan sampingan ubat tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara afrika sana memang ade beli medical yg expired. Malaysia pon ade jual ke sana, daripada xleh pakei, ade juga pembeli
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 03:02 AM | Show all posts
mintak2 la tak masuk malaysia. kalau benda2 masuk perut ni takut tgk produk2 sampah keluaran ponder dan retis. zaman muda dulu ada kolig kakak sorang ni minum produk sampah nak kurus tiap2 hari. dah la beratus2 harganya, tak kurus sampai sekarang pun walaupun dah berlanyard hijau
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071119 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list