[Tempatan]
Berita malam misteri : Guru Ini Kiciwa Kelas Tambahan Bahasa Inggeris Tiada Seorang Murid Yang Hadir.Netizen tanya Tak Minat Bahasa Inggeris atau boikot cikgu?
kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang juga merupakan seorang guru meluahkan rasa kecewanya apabila tiada sorang pun daripada anak muridnya hadir ke kelas tambahan yang diadakan di sekolah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @duri_anggrek, wanita ini memaklumkan para murid telah dimaklumkan lebih awal tentang kelas tambahan yang akan diadakan pada petang tersebut.
Mengikut perancangan, kelas tambahan Bahasa Inggeris itu akan diadakan di sekolah pada jam 4 petang namun tiada sesiapa yang hadir selepas lama dia menunggu.
Pada awalnya guru ini berada dalam sebuah mensyuarat namun meminta kebenaran pengetua untuk keluar lebih awal kerana kelas tambahan tersebut.
Namun setelah lama menunggu, hanya seorang sahaja yang datang dan pelajar tersebut juga dikatakan telah di ‘scam’ oleh rakannya yang lain yang memintanya untuk datang ke kelas tambahan terlebih dahulu dan mereka akan menyusul.
Tidak lama kemudian, pelajar itu meminta izin pada gurunya untuk menghubungi rakannya yang lain namun siapa sangka pelajar itu tiba-tiba tidak munculkan diri selepas daripada itu.
Apa yang lebih menyedihkan adalah,cikgu tersebut turut memuat naik gambar kelas yang kosong itu di dalam WhatsApp Group kelas namun tidak mendapat sebarang reaksi dari para pelajarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati melihat nasib guru ini malah menyifatkan sikap murid zaman sekarang sememangnya sangat mencabar.
Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan mereka seolah-olah tidak menghormati pemberi ilmu dan perkara tersebut akan menghilangkan berkat dalam menimba ilmu.
Antara komen warga maya:
“Biarlah kita tak pandai janji hormat guru.”
Sumber TikTok @duri_anggrek
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 6-10-2022 01:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Inform parents ke tak ada kelas tambahan? Kalau anak ioilss buat mcm ni aku libas je. Selalu cikgu akan inform kt group wassap parents.. tu skola anak ioilss la.
Post time 6-10-2022 02:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hakak respon ye.
1. Biasalah budak2 klas blakang.
2. Kenapa la sekolah ngkau buat kelas tambahan pukul 4-5.30 petang. Kalau bukan MRSM ka SBP takyah berangan buat kelas tambahan waktu begini expect full attendance.
3. Bagi take home assignment/worksheet ja next time. Train budak2 ngkau untuk self study. Sapa nak buat, buat. Takyah paksa. Lulus juga deme tu nanti masa SPM. Berapa je pon markah lulus. Kaaah. Ticer takyah tensen2 kay. Lek2 je.
Post time 6-10-2022 02:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
good job teacher. maybe certain classes ni kene ade extra motivation utk tarik dia ke kelas tambahan mcm ni. apepun jgn putus asa ok dlm menabur effort utk perkasakan ilmu pelajar.
Post time 6-10-2022 05:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Biasa subjek x jadi feberet bila cikgu suka tamya2 murid. Dah la enggelish tahap situ je...Mmg nebeslah bdk2. Wpon bagus sebenarnya cikgu yg suka bertanya dan tahu murid fhm ke tak...tp utk murid yg x reti english akan rasa 'terancam' utk kelas tu. X reti jwb...malu...sapah jawab malu...
Gitu la meols menyelami jiwa murid
Post time 6-10-2022 07:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aku pon benci kelas tambahan. patut kelas dr pagi sampai tghr tu cukup la utk murid. ni nak kelas tambahan belah petang la, hujung minggu, cuti penggal lagi yihhhh
Post time 6-10-2022 07:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Buat la malam. Pasal cikgu2 skrg Annoyed ye. Ligat bertiktok. Lepas tu sejenis tak boleh di tegur. Tu belum lagi cikgu lelaki yang nak tunjuk dia Terpaling hensem.
Post time 6-10-2022 08:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jam 4 tu waktu tido waktu sukan, kelas tambahan ke hulu hilir budak bukan jadi menteri saintis pun, subject English patut zaman sekolah rendah lagi budak kena pandai sblm masuk menengah sama spt subject agama ngaji quran ibadah nikah kawen jual beli jenayah
Post time 6-10-2022 08:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa tak buat pkl 2? Dah balik rumah ingat rajin sgt ke budak-budak nak gi kelas balik?
Kalau yg tak balik pulak, 2 jam tunggu kelas tu dia org nanti merayau pulak.
Cikgu anak aku buat kelas tambahan pkl 2.
Cikgu math yg rajin pulak ambil relief kelas untuk buat kelas tambahan kalau ada cikgu subjek tak dtg.
ini sekolah rendah ke menengah? klu sekolah rendah, ptg2 sll ada kelas kafa/sekolah agama.
klu sekolah menengah, kene tgk la, rumah students dekat ke jauh. klu jauh, kemsalam la diorg nk dtg sekolah semula.
lg pun, klu budak2 skola menengah, byk yg start kurg aktif ptg2, dorg byk tdo ptg. takpun sibuk main henpon.
cikgu xde wasap group parent ke? stakat tnya kt students aje mana maunye dorg respon.
lg satu, mungkin students ada hal sendri nk kene setel ptg2.
apa2 pon, kene dgr dua2 pihak. klu stakat cikgu je yg post, nmpk mcm cg je good2.
pkl 2.37 ptg ko baru nak cakap ke kak? memang idakla bebudak tu nak dtg. lain kali nak buat kelas tambahan tu cuba masa kelas tu bincang dgn anak murid ke, cikgu sekian sekian tarikh nak buat kelas tambahan. mane tau hari tu diorg ada ko-k ke ada program sukan ke ape ke. ni ko takat arah dalam group je. mmg la students ko buat krik krik je. ko sendiri pengurusan kelas ntah hape-hape. #DoneMelaharCikguGilaContent