CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5701|Reply: 48

“Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki

  [Copy link]
Post time 5-10-2022 10:41 PM | Show all posts |Read mode

Wanita tersebut tertekan dengan sikap suaminya yang pengotor. Gambar hiasan

“Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki
Rabu, 05 Oktober 2022 8:00 PM

UNGKAPAN 'masa bercinta, kentut pun berbau wangi' memang biasa didengari ketika seseorang dalam fasa dilamun asmara.

Ketika itu setiap perkara mengenai pasangan dianggap indah belaka.

Bagaimanapun bak kata orang tua, sikap dan perangai sebenar seseorang hanya akan terserlah apabila sudah berkahwin dan tinggal sebumbung.

Ada benarnya kata-kata yang biasa dilontarkan itu, justeru pasangan yang berumah tangga dinasihatkan untuk memperbanyakkan sikap sabar dalam melayari bahtera perkahwinan.

Dalam satu perkongsian di laman Twitter @confesstweetmy, seorang wanita meluahkan rasa geram dengan sikap suami sendiri meskipun mereka baru dua bulan diijabkabulkan.



Wanita berkenaan berkongsi masalahnya yang dihadapinya di laman Twitter Confesstweetmy.

Semuanya berpunca daripada sikap suaminya yang disifatkan amat pengotor.

"Husband saya pengotor. Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah (terpercik) bertitis atas tempat duduk tandas dan kahak dekat sinki. Saya geli, faham tak?" tulisnya dalam satu mesej yang dikongsikan di laman berkenaan.

Meskipun usia perkahwinan mereka masih boleh dikategorikan sebagai 'pasangan pengantin baru', namun wanita tersebut tidak segan meluahkan rasa sesal dengan keputusannya mengahwini lelaki berkenaan.

Kalau buat diam manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang.

NETIZEN
"Saya baru berkahwin dua bulan. Tapi sekarang saya rasa menyesal. Tak sangka dia pengotor.

"Kadang tak bercakap pun dengan dia sebab marah sangat. Macam mana nak tegur habit macam tu? Tolong!" luahnya lagi.

Sehingga kini perkongsian ciapan berkenaan meraih lebih 4,500 ulang kicau.

Pelbagai pandangan dan nasihat disarankan oleh netizen, dengan rata-ratanya meminta wanita berkenaan berterus terang mengenai isu tersebut dengan suaminya.

"Baru dua bulan kahwin dah post masalah dekat sini. Communicate sajalah dengan dia elok-elok. Kalau buat diam manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang.


Wanita tersebut tidak tahu bagaimana cara untuk menegur suaminya. Gambar hiasan

"Kunci rumah tangga bahagia adalah melalui komunikasi. Tak bercakap dengan dia bukan satu penyelesaian. Waktu mula-mula kahwin inilah nak cakap apa yang awak tak suka dan insyaAllah dia boleh dengar dan akan berubah.

"Sebab itu kahwin biar dengan orang sekufu. Tanya dia punya lifestyle, tanya dia tentang tabiatnya, perhatikan mana red flags dan perlahan-lahan tegur dari mula.

"Inilah namanya perkahwinan. Dah tinggal sebumbung, baru tahu perangai masing-masing. Nak tak nak, kena saling tegur salah masing-masing. Yang ditegur kena terimalah. Takkan nak berpisah, baru dua bulan kahwin. Semoga dipermudahkan sis," demikian antara komen netizen.

https://www.mstar.com.my/lokal/v ... h-kahak-dalam-sinki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2022 10:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2022 10:48 PM | Show all posts
Menurut saya, cewek ini sombong sekali sama suaminya. Tersulut emosi untuk hal yang sepele sekali. Ndak mau terima kekurangan suaminya. Jika kotor, ya dibersihin, ndak usah diributin. Yang penting jaga rumah tangga agar harmonis, adem dan ayem. Sulit sekali mau robah prilaku orang, tinggal milih mau nerima kekurangan suami atau makan hati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 5-10-2022 10:50 PM

Herlokk tak? Cuba duduk berbincang dan terangkan kt suami dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg isu semasa nya ?
Caca marba forum skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya kat bod FD.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 10:55 PM | Show all posts
cerai sahajalah. rasanya banyak lagi benda yang tak sesuai kepada pasangan ni yang belum disedari... confirm sepanjang hidup wanita ni dan suaminya tak aman, betul-betul dua karakter yang berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:05 PM | Show all posts
Cuba lah ubah slow2.. aku ada kawan lelaki dulu. Rambut penuh kelumumur, nampak penuh kat baju kalau dia pakai baju warna gelap, gigi kuning, badan berbau kalau duduk jauh pun dapat bau tapi dia tak gemuk, body okay je.. memang geli dan geram je tengok dia. Rasa macam nak tegur tapi tatau macam mana. Nasib baiklah cuma kawan biasa..

Time dia kawen, terdetik dalam hati aku..ada juga perempuan nak kawen dengan dia. Obvious kot personal hygiene dia tak berapa terjaga.

Lepas kawen aku meeting dengan dia.. Elok ko.. habis hilang semua masalah. Eh tetiba kelihatan wangi auto hensem pulak dia yang tak best nye put on weight sudahhh.. Kesimpulannya, pandai bini dia jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cakap. kena ckp. people cant read minds. most lelaki yg i kenal waktu kat uni dulu mmg pengotor. kalau lalu depan rumah sewa budak2 lelaki pun rasa nk termuntah hijau sbb mcm2 bau dah keluar.adlah yg nampak presentable sikit tp boleh kira dgn jari. apepun semua org boleh berubah esp utk pasangan. just bgtau elok2. baru sgt berkahwin ni utk start rasa menyesal. panjang lagi perjalanan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko ni x de kisah lain ke friska selain kisah rumahtangga org, kisah laki kena tinggal tunang...euwwww
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 5-10-2022 11:05 PM
Cuba lah ubah slow2.. aku ada kawan lelaki dulu. Rambut penuh kelumumur, nampak penuh kat baju kalau ...

ntah2 tetap pengotor cuma bini dia rajin sentalkan si laki. aku rasa susah la pengotor nak ubah perangai jd pembersih. kalau pengadu dlm artikel ni aku rasa elok cerai je, confirm hari2 ko nak memaki je tgk perangai pengotor ni. baik hidup solo yg tenang. lain lah yg pengotor tu family sendiri, mmg tak boleh nak cerai la, sama ada ko yg kena jd babu tolong bersihkan atau ko biar pastu tahan la tgk pemandangan burokkk! yg pengotor tu mmg takkan buat pape sbb dia selesa je dgn kekotoran eeww!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kat uni dulu meols ada kwn lelaki pembersih. Umah family dia jenis karpet penuh. Dia anak lelaki tunggal. Dan mak dia tak ada org gaji. Bila dia sewa umah, mmg tak tahan gila dgn kwn2 yg x pembersih.  Kwn meols ni siap gosok celah2 antara lantai dgn dinding abes semua bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Marriage is far bigger than this. Kepada acik2 yang suruh bercerai tu memang singkat sangat fikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:52 AM | Show all posts
pasang sign.. "pasti kan flush, tiada air kencing atas seat''.. 'jirus selepas berkahak".. "harap jaga kebersihan"
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu ada lagi teruk..kecin dlm sinki merecik2 tepian sinki.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku dulu memula pgotor gak ..puan sskjp. Lama2 makin ok..tp mmg geram la nk bg dia berubah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 6-10-2022 07:15 AM
Ko ni x de kisah lain ke friska selain kisah rumahtangga org, kisah laki kena tinggal tunang...euwww ...

Sbnrnya dia menggelupur buka benang kalau kisah tu negatif pasal perempuan tempatan jer. Nak tunjukkan perempuan tempatan tak guna. Tgk jer lah kat benang tunang tu, terus masuk jarum suruh cari betina indon.

Dia mak ayam kot, kalau ada yg nak betina indon, pm lah dia.

Tak apa-apa CI skrg, benang sampah besepah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:04 AM | Show all posts
this is when the communication is really important.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-10-2022 11:45 PM
Marriage is far bigger than this. Kepada acik2 yang suruh bercerai tu memang singkat sangat fikiran. ...

Yang suruh bercerai tu rasanya belum menikah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 10:43 AM | Show all posts
redz85 replied at 6-10-2022 07:52 AM
pasang sign.. "pasti kan flush, tiada air kencing atas seat''.. 'jirus selepas berkahak".. "harap ja ...

dah serupa notis mcm duk rumah sewa time bujang but yeahhh gtu lah situasi rumah bujang dlu2 euwwwwwww pengotor betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.100582 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list