CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

Hamilton terus berlumba pada usia 42 tahun?

[Copy link]
Post time 5-10-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

LEWIS HAMILTON

    Oleh Meja Sukan
    5 Oktober 2022, 8:33 am

LONDON: Lewis Hamilton berhasrat untuk terus berlumba dalam Formula Satu (F1) bagi tempoh lima tahun lagi dan akan menandata­ngani kontrak baharu bersama Mercedes.

Juara dunia tujuh kali itu memberitahu pasukannya bahawa dia mempunyai tempoh lima tahun lagi dalam sukan permotoran.

Hamilton, 37, ketika ini me­nikmati pendapatan 40 juta pound (RM210 juta) setahun dan jumlah itu dijangka meningkat untuk 15 bulan kemudian.

Prinsipal Mercedes, Toto Wolff dan Hamilton telah berbincang tentang perkara tersebut.


LEWIS HAMILTON

“Minggu lalu kami duduk bersama dan dia (Hamilton) berkata’ Lihat saya masih ada lima tahun apa yang anda lihat tentang perkara itu?.

“Jadi, saya tiada keraguan mengenai kontrak lanjutan. Kami sentiasa akan berbincang mengenai masa depan,” kata Wolff.

Sekiranya Hamilton menandatangani kontrak lima tahun, bermakna bintang Britain itu akan terus berlumba pada usia 42 tahun.

Wolff tidak melihat faktor usia sebagai masalah kerana Fernando Alonso, 41, juga masih berlumba secara kompetitif.

“Saya tidak tahu sama ada angka 40, umur yang anda katakan itu tidak memadai untuk berlumba.

“Jika anda lihat di mana Fernando berada pada usia 41 tahun, dia masih di sana (dalam F1),” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... pada-usia-42-tahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055101 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list