CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3683|Reply: 93

[Politik] Gaji wakil rakyat tidak cukup, dorong terlibat rasuah: Mujahid

  [Copy link]
Post time 5-10-2022 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA - Peruntukan gaji yang diberikan kepada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negara ini seolah-olah tidak mencukupi untuk mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, oleh sebab itu ramai dalam kalangan ahli politik mudah terdorong untuk terlibat dengan perbuatan rasuah.

“Bagi orang politik, godaan untuk melakukan rasuah sangat tinggi dengan alasan dia perlu menjaga kawasan pengundi, (perlu) beri kepada parti, sebab nanti nak jadi presiden, kena bagi kepada cawangan, bahagian. Macam mana nak naik (jadi presiden) kalau tiada fulus (duit).

“Jadi cara terbaik untuk dapat peluang beri khidmat lebih baik (kepada rakyat) ialah dengan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan apa yang dia mahu beri kepada rakyat.

“Namun apabila dah dapat, mungkin dia kata 50 peratus sahaja (beri kepada rakyat), selebihnya simpan untuk diri sendiri, dianggap komisyen dan sebagainya,” katanya pada program 'Melayu Bermaruah vs Melayu Rasuah' anjuran Aktivis Sejahtera pada Selasa.

Turut diundang menjadi panelis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan manakala Pengerusi Aktivis Sejahtera, Asmaalif Adam bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Mujahid berkata, Malaysia seharusnya mencontohi beberapa negara yang memperuntukkan gaji yang tinggi kepada wakil rakyat supaya mereka boleh memberi perkhidmatan terbaik tanpa alasan kekurangan duit.

“Sebab itu antara negara yang memperuntukkan gaji yang tinggi kepada ahli Parlimen, supaya mereka boleh berkhidmat tanpa ada alasan tidak cukup duit ialah Singapura, rasuah di kalangan ahli politik di negara itu, hampir tiada.

“Alasan itu perlu dilihat penting, gaji menteri di Singapura dan Finland juga antara yang tertinggi supaya mereka tidak terlibat dengan rasuah, sebab dah cukup,” ujarnya.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Parit Buntar menjelaskan, antara faktor lain yang menjadikan seorang ahli politik itu terlibat dengan rasuah adalah perlu menyumbang kepada parti.

“Secara jujur sebagai ahli Parlimen yang mewakili Amanah, memang kita potong gaji untuk disumbangkan kepada parti secara telus, maknanya RM3,000 hingga RM4,000 sebulan (potong gaji), itu satu kaedah supaya tidak berlaku pembohongan dan manipulasi

“Kita juga menyokong usaha untuk mewujudkan Akta Pendanaan Politik kerana sememangnya sumbangan (dalam politik) amat diperlukan.

"Jadi jika betul sumbangan itu perlu, maka kena buat secara telus, dana itu masuk ke akaun parti dan declare kepada rakyat (supaya) mengelakkan dia mencari kepentingan lain untuk (lakukan) rasuah agar dapat beri kepada parti,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/224362/khas/rasuah-busters/gaji-wakil-rakyat-tidak-cukup-dorong-terlibat-rasuah-mujahid


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gaji besar dan functional spt Tun M xpelah jugak. Ini gaji besar pehtu stok2 persis ahmad maslan, hadi awang, mahiadin yyiiiihhhhhhhh mengabehkan borehhh…
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Palahotak. .servis mcm taik...cincai..lg nak gaji besar...lgpun walau gaji kecik..elaun blh dpt ratus2 ribu sebln kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:52 AM | Show all posts
Ternyata ajaran agama memang gagal untuk menjadikan manusia itu lebih bagus sepertimana yang selalu lobai hebohkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi nak suruh naikkan gaji wakil rakyat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow nk naik gaji pula.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 03:22 AM | Show all posts
sy tahu bahawa gaji mereka adalah cukup dan besar
malah byk lagi perks nya
some family members ada keje ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Babilah, rakyat ko nk suruh gaji sikit je kan senang kasi gula2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa bagi gaji besar mana pun kome baring atas jalan tar jugeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:00 AM | Show all posts
So greedy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan semua penjawat awam pastinya.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tamak tu, gaji besar mcm mana pun tak kan cukup
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujahid ni ada daftar jadi ahli cuepacs ke?



MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menguatkuasakan segera gaji minimum RM1,800 bagi mengekang gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,800 kepada Ketua Setiausaha Negara, pada 16 Februari lalu.

“Kita berharap memorandum yang Cuepacs hantar itu dapat mengurangkan amalan yang tidak berintegriti sebab kes rasuah merugikan pendapatan negara.

“Memang Cuepacs bimbang kerana amalan ini kadang-kadang tidak nampak, tetapi bila dilihat pada peningkatan kes itu kebimbangan jelas semakin meruncing kerana imej negara perlu dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas seminar memahami keperluan dan cabaran penjawat awan dalam persekitaran norma baharu di Banda Hilir di sini, hari ini.

Antara kandungan memorandum itu, kata beliau ialah semakan semula gaji penjawat awam dengan kenaikan antara tujuh hingga 30 peratus.

Menurutnya, menerusi memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan itu, masalah gaji penjawat awam yang rendah akan dapat diatasi, sekali gus mengekang amalan rasuah.

Cadangan semakan itu, jelasnya, dikekalkan sebagaimana kenaikan yang pernah dilaksanakan kerajaan pada 2012.

Turut dicadangkan katanya ialah semakan terhadap beberapa elaun seperti perumahan dan sara hidup.

Semakan itu juga ujarnya, dianggap perlu memandangkan ia tidak pernah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Abdul Rahman dalam masa sama mengakui, terdapat segelintir daripada 1.6 juta penjawat awam terjebak dalam kegiatan rasuah yang berpunca berikutan tekanan hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak la ko.. gaji paling skt tu Bomba..keje paling banyak..Kalo naikkan gaji bomba diterima la..ni gaji wakil rakyat.. hampuras btl..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah korang je lah yg tak cukup gaji
Ko tak tau kitorg skrg cukup2 makan jah
+ takde chan rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:38 AM | Show all posts
Tolong rakyat tidak juga.. Memekak nak gaji banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 07:50 AM | Show all posts
bestnya keje kau
kencing terbuka mcm ni pun ramai menjilat

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:55 AM | Show all posts
ajer babi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb utama perkara ni terjadi adalah sbb dari awal dh ditanam dlm otak masyarakat yg ADUN atau MP kewajipannya hulur kpd pengundi kawasan. Bila kenduri kena hulur, turun padang kena hulur.

Sepatutnya kena murnikan balik tugas asal ADUN Dan MP sbg badan legislative. Bkn tugas kena hulur sana hulur sini bila turun kawasan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namr at 5-10-2022 08:28 AM

ceh, korang tu makin byk gaji makin kuat makan rasuah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.081376 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list