CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

Fabio Quartararo akui mula rasai tekanan

[Copy link]
Post time 4-10-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO mengakui bergelut beraksi di litar basah apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 di GP Thailand kelmarin. – AFP


BURIRAM – Pelumba Perancis, Fabio Quartararo dilihat tertekan selepas kegagal­annya mengutip sebarang mata pada Grand Prix (GP) Thailand kelmarin membuatkan perebutan gelaran dunia MotoGP 2022 terbuka luas.

Juara dunia MotoGP 2021 dikatakan bergelut ketika bersaing di litar basah di Buriram, Thailand sekali gus sekadar menamatkan saingan tempat ke-17.

Pelumba KTM, Miguel Oliveira mencatat kemenangan di Bu­riram, manakala dua pelumba Ducati, Jack Miller dan Fran­cesco ‘Pecco’ Bagnaia menamatkan saingan podium kedua serta tempat ketiga.

Keadaan tersebut menyebabkan Quartararo dilaporkan membatalkan sesi bersama media dan hanya mengeluar kenyataan selepas berakhir perlumbaan tersebut.

“Kami tidak mempunyai ba­nyak masa ketika hujan mula membasahi trek perlumbaan. Pusingan pertama perlumbaan benar-benar rumit.

“Saya bersaing dengan Jack Miller di selekoh pertama dan ia menjadi lebih teruk. Saya cuba mencari rentak terbaik, namun tidak berjaya.

“Saya minta maaf kepada peminat di Thailand khususnya kerana ketika itu saya harap dapat berlumba dengan lebih baik di hadapan mereka. Apapun, kami akan cuba bangkit di Australia nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Selepas saingan di Thailand, Quartararo yang mengumpul 219 mata diikuti rapat Pecco dengan 217 mata, manakala, Aleix Espargaro (Aprilia) di tangga ketiga dengan 199 mata keseluruhan.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... mula-rasai-tekanan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051770 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list