CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 0

Azizulhasni dapat layanan istimewa daripada skuad Australia

[Copy link]
Post time 4-10-2022 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Azizulhasni dijangka kembali berlatih di Nilai, Januari depan.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendapat layanan 'istimewa' daripada skuad Australia apabila membenarkan dia berlatih bersama pasukan itu selepas bersendirian di Melbourne.

Pelumba berusia 34 tahun itu, berkata dia sangat terharu dengan sokongan yang diberikan skuad berbasikal Australia yang memberikan dia ruang untuk memulakan semula latihannya selepas menjalani pembedahan jantung, April lalu.

Katanya, dia perlu 'menumpang' selepas skuad negara termasuk ketua jurulatih, John Beasley yang menjadikan Melbourne sebagai pangkalan latihan sebelum ini sudah pun berpindah kembali ke Malaysia, awal tahun ini.

"Saya sangat bersyukur pada permulaan saya mahu bermula semula, pasukan Australia jemput saya berlatih bersama mereka kerana mereka tahu John tiada dan mereka semua mengenalinya. Biasanya, memang mereka tidak bagi berlatih dengan mereka.


"Mereka layan saya seperti sebahagian daripada pasukan mereka. Ada sekali itu, keadaan saya macam tidak OK dan tidak dapat datang berlatih… mereka hubungi dan bertanyakan mengenai keadaan saya, macam sudah lama jadi rakan sepasukan.

"Bila saya mahu pulang ke Malaysia ini pun, mereka tanya berapa lama saya pulang. Mereka seronok berlatih dengan saya dan saya bersyukur dapat sokongan seperti itu," katanya yang ketika ini berada di Malaysia dan dijadual kembali ke Melbourne dalam masa terdekat.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu, berkata dia juga akan kembali berpindah ke Malaysia bagi menyertai rakan sepasukan meneruskan program latihan di Velodrom Nasional Nilai seawal Januari depan.

"Memang perancangannya adalah untuk kembali ke Malaysia sebab pasukan dan John pun sudah pindah. Hanya saya yang masih di Melbourne.

"Kalau semuanya berjalan lancar, saya jangkakan Januari akan pindah ke Malaysia. Sebelum itu, saya perlu mengadakan perbincangan dengan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara), mahu lihat perancangan mereka.

"Ini adalah perkara besar untuk saya sebab saya di sana dengan seluruh keluarga saya. Jadi, saya perlu lihat apa perancangan mereka," katanya yang sebelum ini disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) sehingga perlu menjalani pembedahan di Melbournev, April lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ada-skuad-australia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.283703 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list