CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 459|Reply: 0

Verstappen kecewa prestasi di Singapura

[Copy link]
Post time 4-10-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN berjalan dalam keadaan sugul selepas menduduki tempat ketujuh di GP Singapura, Ahad lalu. FOTO AFP

Singapura: Max Verstappen mungkin hanya beberapa hari saja lagi untuk meraikan gelaran kedua juara dunia Formula Satu (F1), tetapi dia tetap kecewa dalam satu daripada perlumbaan terburuknya tahun ini ketika Grand Prix (GP) Singapura, Ahad lalu.

Pemandu Belanda itu menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh pada ketiga GP itu dimenangi rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez yang mengatasi pemandu Ferrari, Charles Leclerc.

Leclerc adalah satu-satunya pemandu yang mampu mencabar Verstappen berdasarkan perkiraan matematik, dalam pemburuan gelaran juara keseluruhan.

Pada ketika Verstappen, 25, diramal mengesahkan gelaran di Singapura dengan baki lima lagi perlumbaan mungkin lebih sukar, perlumbaan pada malam Ahad lalu berlangsung dalam beberapa situasi yang tidak mengikut skrip.

"Kami masih mendahului dengan kelebihan 104 mata, tetapi ia adalah hujung minggu yang mengecewakan," kata Verstappen, yang akan muncul juara dunia 2022 di Jepun, hujung minggu depan, jika dia menjadikan kelebihan kepada 112 mata.

"Sudah tentu, saya boleh katakan tiada masalah, kami ada lima perlumbaan lagi dan kami mendahului dengan kelebihan besar.

"Tetapi saya mahu menikmati hujung minggu yang indah setiap kali dan kami melalui hujung minggu yang teruk di sini."

Verstappen yang memenangi 11 perlumbaan pada tahun ini, memulakan kempen dengan dua kali gagal menamatkan perlumbaan daripada tiga GP awal.

Singapura iaitu GP ke-17 daripada 22 keseluruhan - adalah kali kedua dia menamatkan perlumbaan bukan dalam kelompok tiga terpantas.

Dia turut menduduki tempat ketujuh di GP Britain pada Julai, selepas serpihan kereta merosakkan jenteranya, sekali gus menjejaskan prestasinya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... estasi-di-singapura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list