SEPANG: Pelakon popular, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.
Zul Ariffin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, Zul Ariffin tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dan memakai sut kelabu gelap serta pelitup muka, selain diiringi peguam dan rakan.
Kira-kira 10 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi tadi untuk membuat liputan kes pelakon berusia 36 tahun itu.
Media sebelum ini melaporkan kontroversi timbul apabila pelakon itu didakwa kongsikan video 'babak panas' bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi sebuah drama bersiri, dalam Instagram, baru-baru ini.
Tindakan memuat naik 'teaser' drama berkenaan mengundang kecaman warga maya, selain turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Ni mesti malas nak turun naik mahkamah banyak kali. Mengaku salah, bayar denda, setel. Tapi mesti ada dapat backup payment dari producer jugak, sebab video bangang dari drama dia. Paling-paling mesti demand 5x nilai denda dari producer ni.
Post time 4-10-2022 12:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
krustykrab replied at 4-10-2022 11:03 AM
Hahahah...
Tu lah..nk tgk jgk babak panas yg mcm mana ..dia ni kan biasa je babak mcm tu..mcm maka ...
Tu yang pelik kan gambar2 yg dia pernah upload pun ada yg sumbang mambang jugak..entah apa guidelines yg esbok langgar kali nie apa2 pun bad publisiti, publisiti jugak kan
Sapo2 yg ada klip sumbang mambang nie, silalah tepek sebagai bahan bukti, jadi yg tak tahu dapat pencerahan