CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2029|Reply: 34

[Tempatan] Najib pertimbang tindakan undang-undang jika tak dibenar hadir parlimen.Anda nak lihat Najib di Parlimen?

  [Copy link]
Post time 3-10-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 4-10-2022 11:46 AM


Peguam yang mewakili Najib Razak memberi masa sehingga jam 12 tengah hari esok kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin untuk menjawab rayuan supaya ahli parlimen Pekan itu dibenarkan hadir ke parlimen.

Jika tidak, pasukan peguam bekas perdana menteri itu akan memfailkan tindakan undang-undang untuk membolehkan Najib berbuat demikian.

Ketua peguam bela Najib, Mohamed Shafee Abdullah petang tadi mendedahkan Jabatan Penjara minggu lepas tidak membenarkan permohonan Najib untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat, yang disambung semula hari ini.

Semasa sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Shafee mendakwa Ketua Pengarah Penjara (yang tidak disebut namanya) tidak membenarkan Najib menghadiri Dewan Rakyat atas alasan keselamatan.

Peguam itu berkata bahawa isu keselamatan adalah satu alasan "pelik" kerana parlimen adalah bangunan paling selamat jika dibandingkan dengan kompleks mahkamah tempat Najib dibawa untuk menghadiri kes mahkamahnya yang sedang berjalan.

Peguam itu berkata bahawa mereka telah menulis surat kepada Hamzah untuk merayu terhadap keputusan pihak berkuasa penjara, dan jika mereka tidak mendengar apa-apa atau mendapat jawapan yang tidak menyenangkan daripada menteri dalam negeri sebelum pukul 12 tengah hari esok, maka semakan kehakiman akan difailkan di mahkamah.

Shafee berkata jika semakan kehakiman difailkan, maka ia akan menjadi tindakan undang-undang yang pertama di Malaysia kerana ia boleh membenarkan mana-mana ahli parlimen yang telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman tetapi masih mendapat proses wajar lain yang berkaitan untuk terus berkhidmat di kawasannya sebagai wakil rakyat.

Peguam itu berkata ini adalah penting kerana Najib tidak dapat mewakili parlimen Pekan sewajarnya jika tidak dapat membangkitkan isu di parlimen, sambil menambah bahawa pembantu politik Najib juga tidak dibenarkan melawatnya di Penjara Kajang mahupun di kompleks mahkamah

Kami telah memberitahu (pihak berkuasa) penjara bahawa pembantu politiknya (Najib) harus dibenarkan melawatnya supaya rakyat di kawasannya boleh diberi perkhidmatan, jika tidak pengundinya tidak boleh diberi perkhidmatan.

"Sesekali, dia sebagai ahli parlimen harus dibenarkan diiringi (oleh pihak pegawai penjara) ke kawasannya untuk mendengar rungutan rakyat di sana dan bercakap dengan pembantu politiknya sama ada terdapat sebarang masalah (di kawasan Pekan)," kata Shafee mengenai perkara yang akan dituntut oleh semakan kehakiman yang dicadangkan jika ia difailkan.

Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa pada masa ini, perkara yang paling mendesak adalah untuk Najib dibenarkan menghadiri parlimen, sambil mencadangkan bahawa pihak berkuasa penjara dan Dewan Rakyat boleh membuat pengaturan untuk memastikan keselamatan semasa tertuduh mengambil bahagian dalam persidangan


https://m.malaysiakini.com/news/638040


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Start hari pertama jd banduan ada2 jerr  trick jibun nk tuang penjara
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 08:56 PM | Show all posts
tak pernah dibuat orang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni msh berjawatan menteri ke..msh terima gaji ke walaupun dah jd banduan..rimas pulak jdnye..mcm x sedo diri..dah banduan Tu duk diam2 dah la..makin lama makin meluat dgn perangai dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia nk cerita pengalaman die ddk dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 3-10-2022 09:25 PM

Parlimen bakal penuh dgn banduan umno la pasni..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan bila jatuh hukuman segala jawatan dilucutkan mcm pegawai gomen.
ade ke rakyat nak banduan yg masih dipenjara jd wakil depa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 09:15 PM | Show all posts
dia datang pakai baju belang2 hitam putih tu ke nanti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes!!! Saya nk lihat. Mesti drama gilerr masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik jugak ni…
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:34 AM | Show all posts
dok penjara diam2 je la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 11:56 AM | Show all posts
Dulu masa luar penjara tak sampai 50% pun attendance dia kat parlimen


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 12:16 PM | Show all posts
buto raaa... duk diam je dalam penjara.. ini tidak ke situ ke sini..macam takde makna kau dijatuhkan hukuman kena penjara
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 3-10-2022 08:54 PM
Start hari pertama jd banduan ada2 jerr  trick jibun nk tuang penjara

Waktu masih dlm kuasa...selagi boleh mengelak parlimen, akan mengelak ...terutama jika kehadiran diperlukheun utk soklan soklan yg berbangkit dlm parlimen...tapi bila dah jadi banduan, die die nak datang parlimen....pulak daaaaaaa

Bak kata anak jiran aku....Kalau dah kaki tuang,kaki tuang jugak....asal dapat mengelak...dulu parlimen,skg jaring kajang...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 12:40 PM | Show all posts
peguam mamak ni beriya2 betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:10 PM | Show all posts
Reymz replied at 4-10-2022 11:56 AM
Dulu masa luar penjara tak sampai 50% pun attendance dia kat parlimen

masa bebas xde pun nk dtg parlimen, dh masuk tirai besi bru nk menyibuk.. nmpak sgat agenda semata2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 01:11 PM | Show all posts
syamzana replied at 3-10-2022 09:06 PM
ingatkan bila jatuh hukuman segala jawatan dilucutkan mcm pegawai gomen.
ade ke rakyat nak banduan  ...

mcm kes pensyarah yg kena buang sebab kes harrassment tu...habis punah kerjaya pencen pun tadak...

sesuatu betul dgn najib ni kebal sungguh...siap boleh fight lagi hak as ahli banduan berparlimen
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa FB dia masih aktif? Perlu ke? Dah macam  tak dipenjara pun.....kalau ye pun ada tempat khas utk dia asing drp banduan lain tak sepatutnya dia access benda2 yang boleh mengganggu pemikiran rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:18 PM | Show all posts
rajin pula dia nk dtg...eh yela, nk buat apo lg kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt privilege treatment
Banduan lain tak dpt
The ONLY oneeee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.571467 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list