CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

Oliveira ungguli GP Thailand

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Aksi Miguel Oliveira ketika mengungguli GP Thailand hari ini. - AP

BURIRAM: Pelumba KTM, Miguel Oliveira mengungguli Grand Prix (GP) Thailand dalam cuaca hujan yang menyaksikan pendahulu, Fabio Quartararo kini hanya berkelebihan dua mata selepas bergelut dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-17.

Hujan lebat memaksa perlumbaan ditangguhkan hampir sejam namun sejurus perlumbaan bermula, Oliveira meneruskan momentum ketika memenangi GP Indonesia untuk menewaskan pelumba Ducati, Jack Miller.


Miguel Oliveira (kanan) meraikan kejayaan dengan menjulang trofi GP Thailand. - AFP

Ini adalah kemenangan kedua buat Oliveira pada musim ini.

Permulaan kurang baik dari Quartararo serta kurang pantas di atas trek basah memaksa pelumba itu menamatkan saingan di tangga ke-17.

Tempat ketiga menjadi milik Francesco Bagnaia dan keputusan itu membolehkan dia kini hanya ketinggalan dua mata di belakang pelumba dari Perancis itu. -AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ungguli-gp-thailand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049601 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list