CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1001|Reply: 2

Lakukan Keganasan Rumah Tangga, Rizky Billar Pernah Jadi Gigolo & Ada Anak Dengan Wanita Lain?

[Copy link]
Post time 2-10-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Nama Rizky Billar terus menjadi bualan ramai selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora.


Tidak hanya isu tersebut diperkatakan, kisah silam Rizky juga mula dikorek netizen sehingga ada mendedahkan dia pernah menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan atau gigolo.




IG Rizky




Menerusi beberapa perkongsian yang tular di Twitter, Rizky didakwa melakukan kegiatan tersebut sekitar tahun 2015 dan wajahnya turut dikongsi oleh sebuah akaun yang menawarkan perkhidmatan tersebut di sekitar Jakarta.


Selain itu, seorang pengguna media sosial juga mendakwa Rizky sudah memiliki anak perempuan hasil hubungan dengan seorang pemilik salon kecantikan.


Semua pendedahan ini membuatkan ramai mula membenci Rizky dan percaya dakwaan mencederakan Lesti adalah benar walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.


Lesti sebelum ini membuat laporan polis pada 28 September mendakwa suaminya itu melakukan keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kecederaan selepas dia mendapat tahu Rizky berlaku curang.




IG Rizky



Kes tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk rakan artis yang menyatakan rasa simpati terhadap Lesti.


Lesti dan Rizky bernikah pada Ogos 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini berusia setahun.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Xknl..next please
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai sendu nya komen kt sini.. Patutla yg satu lagi masuk bod retis tempatan.. Huhu.. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan utk lesti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.067478 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list