CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 0

OSTEX WEST 2/22 peraga 7 aset TLDM Armada Barat

  [Copy link]
Post time 30-9-2022 09:42 AM | Show all posts |Read mode
OSTEX WEST 2/22 peraga 7 aset TLDM Armada Barat

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri - September 30, 2022 @ 8:59am  bhnews@bh.com.my




Armada Barat memperagakan aset di perairan Selat Melaka. - Foto/Ihsan TLDM




LUMUT: Tujuh kapal diraja (KD) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbabit dalam latihan Operational Sea Training Exercise West Siri 2/2022 (OSTEX WEST 2/22) yang bermula 21 hingga 28 September lalu di sini, serta membabitkan kawasan perairan Selat Melaka.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM menerusi kenyataan, berkata OSTEX WEST 2/22 adalah platform menguji keberkesanan Latihan Perang Pangkor yang dilaksanakan sebanyak 39 siri untuk tahun 2022.

Menurut kenyataan itu, selain meningkatkan tahap kesiagaan aset dan kompetensi warga TLDM dalam aspek peperangan maritim, pelaksanaan OSTEX WEST 2/22 juga sebagai serampang dua mata dengan memperagakan aset TLDM di perairan Selat Melaka.

"Ia bagi meningkatkan keyakinan komuniti maritim terhadap TLDM dalam melindungi kepentingan Zon Maritim Malaysia," kata kenyataan itu malam tadi.

Eksesais itu anjuran Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) melalui Bahagian Perancangan dan Kontigensi (N5).

Katanya, OSTEX WEST 2/22 juga menyediakan beberapa kapal TLDM di Armada Barat bagi menghadapi eksesais intra TLDM terbesar iaitu Eksesais KERISMAS 27/22 yang akan dilaksanakan bermula 3 hingga 20 Oktober ini di Laut China Selatan, bersama kapal dari Armada Timur yang membabitkan keseluruhan 23 aset permukaan TLDM.

Katanya, eksesais berkenaan dilaksanakan secara dua fasa iaitu Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut membabitkan kapal KD Jebat selaku Commander Task Group 21.0 (CTG 21.0), KD Sri Indera Sakti, KD Gagah Samudera, KD Lekir, KD Laksamana Hang Nadim, KD Kinabalu, dan KD Gempita.

"Selain itu ia turut membabitkan Fast Combat Boat, pesawat Fennec TLDM dan F/A-18D Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai aset sokongan.

"Semasa Fasa Pelabuhan, beberapa siri latihan dilaksanakan merangkumi Table Top Exercise (TTX), Perbincangan Pegawai Operasi dan Taklimat PraPelayaran manakala bagi Fasa Laut, objektif latihan direalisasikan melalui Field Training Exercise (FTX) meliputi aspek navigasi, ilmu kelautan, komunikasi, dan peperangan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, upacara pembukaan OSTEX WEST 2/22 disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor di Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR), Pangkalan TLDM Lumut pada 23 September lalu.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057717 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list