View: 1178|Reply: 10
|
[Tempatan]
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada pasukan koir UiTM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan koir Universiti Teknologi Mara, UiTM Chamber Choir (UCC), atas kejayaan mereka menjuarai dua pertandingan koir peringkat antarabangsa.
Turut menzahirkan ucapan tahniah, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
UCC menjuarai Pertandingan Koir Antarabangsa Pau Casals ke-11 di Barcelona, Sepanyol pada 24 September lalu dan Piala Grand Prix Pertandingan Koir Antarabangsa Isola Del Sole ke-10, di Grado, Itali, hari ini.
"Semoga dilimpahi kecemerlangan berterusan," menurut ucapan tahniah Seri Paduka berdua yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
Menurut laman web UiTM, UCC mengungguli dua anugerah utama dan muncul juara keseluruhan di Barcelona selepas mencatat markah tertinggi untuk memenangi tempat pertama (Excellent Golden Diploma) dalam ketiga-tiga kategori iaitu 'Folklore' (lagu rakyat atau budaya) (100 markah), 'Mixed Voice' (Koir Campuran) (99.3 markah) dan 'Pablo Casals Composition' (97.8 markah).
UCC yang terdiri daripada 23 mahasiswa juga memenangi juara keseluruhan pertandingan berdasarkan undian juri.
Sementara itu, UCC dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan pasukan itu turut memenangi tempat pertama bagi kategori Koir Campuran di Itali.
Pasukan itu pernah mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa seperti di Bali, Indonesia pada 2015, Rom di Itali (2017), Torun di Poland dan Wernigerode di Jerman pada 2019.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/887049/agong-permaisuri-zahir-ucapan-tahniah-kepada-pasukan-koir-uitm
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-9-2022 05:32 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
UCC ni memang hebak. Coach deols masih mamat Jepon tu ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi akak pernah baca komen2 ultra meleis yang tak senang dengan mereka kerana idok syariah compliant. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 30-9-2022 05:48 AM
Tapi akak pernah baca komen2 ultra meleis yang tak senang dengan mereka kerana idok syariah complian ...
Komen apa? Mcm group nyanyi kat gereja?
|
|
|
|
|
|
|
|
UCC ni student mana2 fakulti boleh join? Tak terhad kepada student fakulti muzik? Adakah datuk shafinaz yg jadi jurulatih?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau zmn dulu koir suara emas wilayah persekutuan yg kira terkenal.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-10-2022 07:11 PM
Komen apa? Mcm group nyanyi kat gereja?
A'ah pehtu kena kutuk nyanyi dalam gereja masa bertanding di Rome ka mana ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah uitm
#uitm di hatiku |
|
|
|
|
|
|
| |
|