View: 1219|Reply: 9
|
[Tempatan]
Lagu Baby Shark paling top di dunia, 11 bilion tontonan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, semasa penulis ralik menonton klip video tular di YouTube, terlintas di fikiran video apakah yang paling banyak mendapat tontonan di seluruh dunia dan angka tontonannya.
Out of curiosity, penulis melakukan carian di Google. Jangkaan awal video paling popular seantero dunia dalam minda penulis tentunya lagu yang menampilkan artis Barat dan pop Korea (K-pop).
Artis yang bermain dalam fikiran adalah kumpulan penyanyi wanita paling popular dunia, Blackpink. Selepas pencarian berlangsung, Blackpink yang dianggotai Kim Jisoo, Kim Jennie, Roseanne Park dan Lalisa Manoban, mempunyai empat lagu mencatat tontonan melebihi angka satu bilion (1,000,000,000) di YouTube, manakala lagunya DDU, DU, DDU, DU meraih lebih 1.9 bilion tontonan.
Hampir semua lagu Blackpink merekodkan ratusan juta tontonan dan pastinya, pencapaian mereka sukar ditandingi artis lain, mungkin juga selama bertahun-tahun.
Namun, ini tidak menjawab soalan penulis dan selepas pencarian lanjut, jawapannya di luar jangkaan. Ini kerana, video paling popular di dunia hanyalah muzik lagu kanak-kanak, Baby Shark.
Klip video Baby Shark merekodkan 11 bilion tontonan, malah tontonannya lebih banyak daripada populasi dunia masa kini sekitar 8 bilion orang.
Setelah menelaah lagi, hasilnya adalah lagu kanak-kanak menduduki antara tempat paling teratas tontonan di laman perkongsian video tersebut.
Lagu Bath Song mencatatkan lebih 5.6 bilion tontonan, manakala lagu kanak-kanak seperti Phonics Song, Colorful Eggs on a Farm, Wheels on the Bus dan Baa Baa Black Sheep, semuanya merekodkan lebih tiga bilion tontonan sekali gus lebih popular daripada lagu Blackpink.
Melihat pula pencapaian lagu kanak-kanak asal tempatan di YouTube dan sambutannya dalam kalangan netizen, sekali lagi kejutan berlaku. Lagu Bangau Oh Bangau merekodkan 65 juta tontonan sejak lima tahun lalu, sementara lagu Tayar Bas mendapat 76 juta tontonan, diikuti banyak lagu kanak-kanak tempatan lain yang mencatatkan lebih 10 juta tontonan di YouTube.
Bahkan, lagu siri kartun kegemaran ramai di Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia, Upin & Ipin mencatat lebih 320 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube dua tahun lalu sekali gus mengatasi lagu pop paling popular di Malaysia.
Tentunya pemilik hak cipta lagu-lagu tersebut menerima bayaran daripada YouTube, namun bagaimana bayaran tersebut dihitung? Selepas membaca, penulis mendapati kiraan bagaimana YouTube membayar untuk kandungannya adalah agak rumit.
Bagaimanapun, selepas menggunakan kiraan berdasarkan apa yang dinyatakan oleh YouTube, penulis mendapati bayaran yang diperoleh menerusi video YouTube yang mencatat lebih satu bilion tontonan adalah sangat lumayan!
https://www.kosmo.com.my/2022/09/29/lagu-baby-shark-paling-top-di-dunia-11-bilion-tontonan/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-10-2022 02:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
kanak-kanak sukalah, tapi orang dewasa boleh sakit dengar... ada kes banduan mati, antara sebabnya dipaksa dengar lagu baby sharks samapi tertekan melampau |
|
|
|
|
|
|
|
Mau x 11 billion views....setiap kli bila nak buah ceq mai rumah psg video baby shark saja berpuluh kali....belum lagi view budak2 lain dari seluruh dunia |
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali anak aku nk mkn jek bg dgr lagu ni bru dia nak bukak mulut...ko ghaserrrr???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
it goes to show anyone can make music... |
|
|
|
|
|
|
|
sangbara2020 replied at 3-10-2022 10:49 AM
tiap kali anak aku nk mkn jek bg dgr lagu ni bru dia nak bukak mulut...ko ghaserrrr????????????
Aahahahahahahahaha... aduiii. Masalah dunia betul. Anak iols pun tanak makan kalau x sambil on katun. Padahal sblm ada anak iols ckp no screen time before 2
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu catchy senang jadi juara |
|
|
|
|
|
|
|
iols yang kertu nie pon sukaa dengar lagu nie sebab anak buah iols duk ulang dengarr lagu niee banyak kali kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|