CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1311|Reply: 15

[Dunia] Hampir separuh spesies burung di dunia pupus

  [Copy link]
Post time 30-9-2022 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


LONDON – Satu laporan terbaharu mendapati bahawa beberapa spesies burung di dunia hampir pupus, manakala tindakan manusia dipersalahkan bagi kemusnahan ekologi tersebut, lapor laman berita Wion News semalam.

Laporan bertajuk State of The World’s Birds itu diterbitkan pada setiap empat tahun oleh agensi antarabangsa bukan kerajaan, BirdLife International.

Menurut laporan tersebut, 49 peratus daripada spesies burung di dunia semakin berkurangan manakala satu daripada lapan spesies diancam oleh kepupusan. Selain itu, sekurang-kurangnya 187 spesies burung disahkan atau disyaki pupus sejak tahun 1500.

“Satu daripada lapan burung diancam kepupusan dan status burung di dunia terus merosot. Pelbagai spesies burung bergerak lebih pantas ke arah kepupusan,” jelas laporan itu yang diterbit pada minggu ini.

Laporan itu merujuk kajian dengan berpandukan data daripada Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Di Amerika Utara, laporan BirdLife International mendedahkan bahawa kini hanya terdapat 2.9 bilion ekor burung di rantau itu. Jumlah itu lebih sedikit berbanding tahun 1970 dengan anggaran penurunan spesies sebanyak 29 peratus.

Kesatuan Eropah (EU) pula mengalami penurunan spesies sekitar 600 juta burung, pengurangan sebanyak 18 peratus sejak 1980.

Pakar ekologi menyatakan bahawa kemajuan pertanian memberi tekanan kepada 73 peratus spesies burung di dunia manakala aktiviti pembalakan, pengembangan spesies, eksploitasi sumber semula jadi dan kerosakan iklim adalah ancaman utama lain.

Dalam laporan pada 2018, BirdLife International mendapati sekitar 40 peratus spesies burung di seluruh dunia mengalami penurunan.

“Burung berguna untuk memberitahu kita tentang keadaan Bumi. Apa yang difahami ialah alam semula jadi berada dalam keadaan buruk, banyak spesies semakin berkurangan,” kata ketua saintis di BirdLife International, Dr. Stuart Butchart. -Agensi


https://www.kosmo.com.my/2022/09/29/hampir-separuh-spesies-burung-di-dunia-pupus/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:37 AM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:46 AM | Show all posts
tempat kaka kelkatu 10 tahun xnampak. masa lockdown pkp hari tu baru muncul.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2022 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Peminat burung pastinya berasa sedih…
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik nengok di ig
Burung yang terakhir dalam spesis dia
Dekat Hawaii
Dia buat bunyi nak pikat pasangan
Tapi dia tak tahu dia lah burung yang terakhir
Akhirnya pupus

Sebak nengok video tu
Kesian dia tauuuuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2022 04:06 AM | Show all posts
very sad dgn apa yg kita buat pada environment kita
masa kecik, malam2 balik dari solat maghrib atau isya, akan sy tgk kunang2 cerah je dalam shrubs tepi2 jln dan tepi rumah
juga siang harinya, akan ada dragonflies, damselflies dan sebagainya
sekarang tak ada satu pon
bila cuti balik kg, kita tidak nampak lagi benda2 ini
sgt sedih
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 3-10-2022 03:55 AM
Macik nengok di ig
Burung yang terakhir dalam spesis dia
Dekat Hawaii

Apakah tajuk ittew kaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-10-2022 06:29 AM
Apakah tajuk ittew kaka

Kat YT ada
Search “last bird calling for mate”
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 3-10-2022 06:45 AM
Kat YT ada
Search “last bird calling for mate”

Okay tqtq
Nak tengok sekarqng...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 3-10-2022 03:55 AM
Macik nengok di ig
Burung yang terakhir dalam spesis dia
Dekat Hawaii

Sedihnya..org yg buat dokumentari tu pun mesti kemurungan mimpi2 burung tu panggil mate..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Burung kakak tua kalau  pupus gerenti sunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 3-10-2022 07:22 AM
Sedihnya..org yg buat dokumentari tu pun mesti kemurungan mimpi2 burung tu panggil mate..

Kesian nengok
Sebab dah takde dah burung lain spesis dia
Kesian dia dok seru2

Last2 dia pun mati
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 04:39 PM | Show all posts
Sedih tapi itulah realitinya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 3-10-2022 02:54 AM
Peminat burung pastinya berasa sedih…

Lucahnya kau dek.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kampung ni biasa dgn burung capperdik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.080118 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list