CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 17

[Tempatan] Netizen bengang pemain bola sepak senang senang dapat kewarganegaraan Malaysia.Cara kita ke World Cup?

  [Copy link]
Post time 30-9-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-9-2022 12:36 AM

PEMAIN bola sepak dari Britain, Sergio Aguero, 28, yang mewakili pasukan Sri Pahang mengumumkan secara rasmi melalui laman media sosialnya Instagram @aguero.sergio16 mendapat kewargenegaraan Malaysia.

Menurutnya, dia telah menerima kerakyatan tersebut pada 16 September lalu dan turut berbangga menjadi rakyat negara ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Seri Pahang FC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab tersebut kerana banyak membantu dalam proses untuk mendapatkan warganegara.

“Kuantan adalah tempat yang istimewa untuk saya dan keluarga, saya berhasrat untuk tingal lama di sini, saya juga sudah jatuh hati pada orang sini serta makanan secara tidak langsung kami merasa tenang di sini.

“Tiada perkataan bagi menggambarkan betapa gembiranya saya, tidak sabar untuk menyarung jersi emas dan biru dalam Piala Malaysia,” luahnya.


Manakala menurut sumber dari Twitter, netizen mengkritik sekeras-kerasnya dan mempersoalkan betapa mudahnya pemain bola sepak luar negara untuk mendapat kerakyatan sedangkan masih ada rakyat Malaysia yang bersusah payah untuk mendapatkannya.

Ada juga mengatakan bahawa Malaysia lebih mementingkan warga asing dari rakyat sendiri yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan pula kelayakan mereka untuk mendapat kewarganegaraan dan membandingkan situasi mereka itu bersama anak Malaysia yang dilahirkan di luar negara.

Namun menurut profil Sergio mula bermain di Malaysia sejak tahun 2016 dan ia bermaksud beliau berada di Malaysia selama enam tahun sahaja.

Untuk info, menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dibawah Perkara 19(3), untuk seseorang itu mendapat kewarganegaraan Malaysia, mereka haruslah menetap di Malaysia tidak kurang daripada 10 tahun ke 12 tahun termaksuk 12 bulan terdahulu pada tarikh permohonan itu dikemukakan.-SM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat dan ke haper nama tu pun wak jahid senang2 je bg dia kerakyatan walau xcukup syarat siap lantik jd duta ganu siap sponsor dia balik uk sana konon promote ganu. Apedehal. Msia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi kagum yang mewakili Malaysia semua orang melayu,cina dan India...bukan orang warga asing yg depa ambil untuk jadi pemain bola sepak..

Ko bg warga asing taraf kerakyatan demi bola tapi hati org tu x de pun kat Malaysia semata sb bola je...ptuih...

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm sumareh lirison de paula tu mmg abih kan bogheh yoooo
Sebelum dpt ic, main kemain power
Dah dpt ic, eh sama level lak dgn budak2 malaysia main.....

Kalau yg ade darah campuran tu kira ok lg la
Corbin ong, dion cool, mattdavies...

Asalkan x kena peram kat bench
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa helah pahang football assc ni ye considering derang ni pun daripada first world country tiba2 nak jadi developed country punya warganegara?  Nak kata dapat benefits, benefits apa pun semua memang dah ditanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:54 AM | Show all posts
siapa nak ic cepat kena ada kemahiran istimewalah... setakat rakyat biasa tak ada apa pun keistimewaan maka yang ini bilangannya dah ramai kat malaysia. susah sedikitlah nak minta apa-apa pun, takut tambahkan calon2 banduan dan penganggur sahaja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2022 09:17 AM | Show all posts
pendatang haram pun mampu dpt i.c dan bina perkampungan di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 09:23 AM | Show all posts
plywood replied at 30-9-2022 08:54 AM
siapa nak ic cepat kena ada kemahiran istimewalah... setakat rakyat biasa tak ada apa pun keistimewa ...

ye betul,mana2 negara pun mcm tu undang2nye,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Samalah kat Indonesia.. kalau rajin boleh cari kat youtube. 30 tahun lebih duduk Indonesia mengajar bahasa inggeris kat rakyat tempatan sampai masuk Islam dan kahwin orang tempatan hingga fasih cakap Indonesia hinggakan dia kata dia nak mati di Indonesia.tapi malangnya belum dapàt kerakyatan Indonesia . Wartawan yang temubual dengan dia berseloroh " tau tak Pak kenapa belum dapàt kerakyatan Indonesia kerana bapak tak pandai main bola"
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:03 AM | Show all posts
Edited by brego at 30-9-2022 12:16 PM

ok la tu special case, expertise utk wakil negara.
lagi pun tak ramai yang di beri kebenaran pun,
dan diaorang pun cuma di offer DUAL citizenship.
lepas habis karier, konfem balik negara asal.

bagus la gomen bagi kerakyatan utk footballer bawah 30 tahun,
sebelum ni banyak after 30s, macam liridon tu semua.
dah jadi veteran baru nak panggil main national team,
baper tahun jer lagi tinggal.

dasat nama SERGIO AGUERO.
ingatkan ex player man city yang join,
pelik pulok dia dah banyak kali main argentina
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:13 AM | Show all posts
kussss semangat ingatkan bekas menantu maradona
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan yang dapat ic dengan credentials dikomplen oleh netizen. Sedangkan bersepah lagi golongan yang masuk malaysia tak jeluar-keluar, dapat ic klaim masa kecik tak daftar, kutuk-kutuk negara, makan sabsidi, sabo pun ada, cakap bahasa kebangsaan pun takmau,
senang aje dapat ic boleh vote pru, jadi yb.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 30-9-2022 09:17 AM
pendatang haram pun mampu dpt i.c dan bina perkampungan di Malaysia.

kan....ada kampung indon,kampung bangla,kampung pilak,kampung myanmar,kampung rohingya,kampung nepal...satgi..kampung sri lanka...mai.MALAYSIA BOLEH....YEY...YEY....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:46 AM | Show all posts
So kaedahnya mak mak malaysian anak lahir ovc, baik jadikan anak atlit sure warganegara Malaysia muncul tanpa diminta.
Tapi boleh jeling aje tanda no thank you
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:51 AM | Show all posts
pemain bola ni senang dapat warganegara sebab diorang bayor cukai lebih je dari bagi anak korang yang belum bayar tax tu. cuba yang takda sumbangan. mana nak senang pon dapat warganegara.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 12:13 PM | Show all posts
try tengok team bola Qatar dalam World Cup tahun ni,
lebih separuh immigran yang di beri kerakyatan.

dari afrika, south america, europe & middle east,
semua ada.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 02:24 PM | Show all posts
OK, apa sbb nak kuatkan team. Itu sumbangan kpd negeri pahang.
Kalau dia bagus. Maybee KPG akan panggil ke skuad HM.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 03:55 PM | Show all posts
Hmm sudahnya tak kemana jugak… kalau setakat nak menang piala afc dgn sukn sea je local pun boleh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.157733 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list