CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 18

[Tempatan] Rakyat Malaysia semakin pendek umur. Etnik Cina dan negeri Selangor terus kekal jangka hayat tertinggi manakala Terengganu dan Kedah catat jangka hayat paling rendah

  [Copy link]
Post time 29-9-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 29-9-2022 09:16 PM

Statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik COVID-19. - Bernama

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lepas, menurut statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Menurut jabatan itu, statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatanBerdasarkan statistik berkenaan golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.

Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup sehingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021) dan 71.3 tahun bagi yang lahir pada 2022, manakala bayi perempuan yang lahir pada 2020 dijangka hidup sehingga 77.2 tahun; 77 tahun (2021) dan 75.8 tahun (2022)," menurut jabatan itu.

Sementara itu, data turut merekodkan lelaki dan perempuan yang mencapai usia 15 tahun pada tahun ini, masing-masing dijangka hidup sehingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.

Bagi lelaki dan perempuan berumur 60 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 17.5 dan 20.1 tahun lagi iaitu sehingga usia mereka sekitar 77.5 tahun (lelaki) dan 80.1 tahun (perempuan).

"Lelaki dan perempuan berumur 65 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 14.2 tahun dan 16.4 tahun lagi. Ini bermakna mereka dijangka hidup sehingga berusia 79.2 tahun bagi lelaki dan perempuan, 81.4 tahun," menurut Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu memaklumkan, etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki, 73.5 tahun dan perempuan, 79.4 tahun.Enam negeri mencatatkan jangkaan hayat melebihi paras nasional (73.4 tahun) adalah Selangor dengan 75.2 tahun, Wilayah Persekutuan Putrajaya (74.5 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (74.5 tahun), Sarawak (74.3 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.0 tahun) dan Sabah (73.5 tahun) pada 2022.

Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi 2020 hingga 2022, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2020 dan 2021, sementara Kedah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah tahun ini.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tanya kalo ikut sejarah keluarga warga porem biasanya berapakah jangka hayat typical dlm keluarga? Family Iols biasanya 77. Tp iols nk pastikan my mom mampu reach 80+ . Hopefully iols mampu jaga my mom sebaik mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 29-9-2022 09:13 PM
Nk tanya kalo ikut sejarah keluarga warga porem biasanya berapakah jangka hayat typical dlm keluarga ...

Parents iols meninggal awal umur 40 dan 53. Tapi arwah nenek iols belah bapak panjang umur dekat 90 la jugak baru meninggal. Meninggal pun dalam tidur bukan sebab sakit melarat
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cina ni memang fit. Aku kalau gi hiking confirm mesti nampak warga emas cina ni pun hike sekali. Mana-mana bukit rekreasi mesti ada.

Bukit rekreasi ni maksudnye bukit yang tak brape tinggi bawah 300m la gitu kalau bukit yg tinggi kene naik pakai permit tu mmg takdela terserempak ngan diorg
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
takda chart kah.pening baca tulisan dalam bahasa melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 29-9-2022 09:20 PM
takda chart kah.pening baca tulisan dalam bahasa melayu

Dah check kt portal berita lain pun x de chart.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya kewangan mainkan peranan penting.duit cukup, pengurusan kewangan baik..kualiti hidup pun akan baik..kesihatan sudah pasti sebab rata2 cina berduit dan akan ada insuran untuk medical
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols yg dah gems ni pun tgh pikiaq bila nak jogging hari2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
My mum 64..ayah 80..nenek..srg 82..srg 97...atuk. arg 84..srg 77...hopefully adik bradik i 80 lah baru meninggal....moga mrk blh bykkan amal utk diri sendiri dan famili
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tah la aku pun tak mau la hidup lama2 sangat. Takat 70 tu pun dah okay kot. Now semua benda mahal lagi 30-40 tahun tatau la macamana. Panjang umur pun sangat pun kalau tak sihat susah juga..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya kalau org tua gi jogging ada yang kata tak payahlah semua tu.buang tabuat..lebihkab masa kejar akhirat ..tak percaya tengok orang tua Melayu berapa kerat yg joging atau buat riadah pagi atau petang.. kecuali yg dah urban..bukan istilah ada wang ke takda tapi ini adalah budaya orang kita
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ini keturunan genetic umur panjang tidak boleh jadi ukuran ... Epigenetics sangat penting ukuran untuk our lifespan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 29-9-2022 10:14 PM
Iols yg dah gems ni pun tgh pikiaq bila nak jogging hari2..

Gems lemak babat kewww gems dosa?


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 30-9-2022 01:00 AM
Sekarang ini keturunan genetic umur panjang tidak boleh jadi ukuran ... Epigenetics sangat penting u ...

Here we go again.....

Kahkahkahkahkahkah

Jgn banyak nangis tepi tingkap .....solusinya

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Individu yang tidak bahagia lebih berisiko mati awal

BEIJING – Satu kajian mendedahkan bahawa perasaan tidak bahagia boleh memendekkan jangka hayat manusia pada kadar lebih banyak berbanding tabiat merokok, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kajian itu dijalankan terhadap 12,000 orang dewasa di China.

Individu yang mempunyai keadaan mental yang lemah seperti kesunyian, putus asa dan tidur tidak lena berisiko hilang satu tahun setengah daripada jangka hayat purata manusia.

Menurut saintis, kajian itu menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

“Kadar penuaan tinggi dikesan dalam kalangan orang yang mempunyai sejarah strok, penyakit hati dan paru-paru, perokok serta berada dalam keadaan mental yang lemah.

“Bagaimanapun, perasaan putus asa, tidak gembira dan kesunyian boleh mengurangkan purata jangka hayat seseorang lebih banyak daripada merokok,” kata penulis utama kajian, Dr. Fredor Galkin.

Merokok mengurangkan jangka hayat individu dengan anggaran 1.25 tahun berbanding 1.65 tahun untuk faktor tidak bahagia. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... berisiko-mati-awal/
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 30-9-2022 04:59 AM
Individu yang tidak bahagia lebih berisiko mati awal

BEIJING – Satu kajian mendedahkan bahawa pera ...

Apa itu bahagia.....bahagia tu bila kita REDHA dalam hidup kita apa yang TUHAN bagi...apa yg kita ADA....x kira mcm.mana pun...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 29-9-2022 09:18 PM
Tapi cina ni memang fit. Aku kalau gi hiking confirm mesti nampak warga emas cina ni pun hike sekali ...

Contoh mcm bukit tugu kan..iols pun nmpk cina2 bukit tua2 ni panjat situ
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:10 AM | Show all posts
noor2 replied at 30-9-2022 04:59 AM
Individu yang tidak bahagia lebih berisiko mati awal

BEIJING – Satu kajian mendedahkan bahawa pera ...

ayat pertama dah buat aku tergelak... orang dah tanam dalam fikiran merokok memendekkan umur tapi rupa2nya faktor jiwa tak bahagia lagi buat cepat mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 08:14 AM | Show all posts
bapak iols meninggal umur 64
my mom tahun ni baru 64
semoga dia di berikan kesihatan yg baik, di berikan mental dan fizikal yg cergas
(tgh i berdoa ni.... my mom da kat hatyai berjimba2 along with her buddies )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.224187 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list