CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 0

Jennie Blackpink beri hadiah iPhone 14 Pro Max kepada pengurus

[Copy link]
Post time 29-9-2022 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Jennie Blackpink menghadiahkan pengurusnya iPhone 14 Pro Max.

NETIZEN meluahkan rasa iri hati terhadap pengurus Blackpink kerana sering menerima hadiah jenama mewah daripada ahli kumpulan itu.

Seorang netizen telah mencipta siaran forum komuniti dalam talian dengan tajuk ‘Jennie menghadiahkan iPhone 14 Pro Max kepada pengurusnya’ pada Selasa.

Netizen turut menyertakan tangkap layar kiriman media sosial pengurus Jennie itu yang menunjukkan foto iPhone 14 Pro Max baharu.



Jennie tidak lokek sentiasa memberi hadiah mewah kepada pengurus.

“Terima kasih untuk iPhone 14 Pro Max”, tulisnya.

Pengurus penyanyi itu dilihat menyebut nama Jennie untuk mengucapkan terima kasih atas hadiah mahal yang diterima.


Hal ini menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan peminat terhadap pengurus selebriti itu kerana sering menerima pemberian mahal seperti percutian dan hadiah ulang tahun kelahiran.

“Pengurus Jisoo (Blackpink) juga banyak berkongsi hadiah yang diterima menerusi instagram. Keempat-empat mereka menjaga pengurus dengan baik.



Tangkap layar yang dimuat naik oleh pengurusnya di media sosial.

“Blackpink mempunyai wang paling banyak di antara semua kumpulan kpop wanita.

“Saya sangat cemburu! Seronok melihat mereka melayan orang sekeliling dengan baik,” tulis peminat.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... max-kepada-pengurus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.888646 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list