CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 0

Petronas-Mercedes AMG terus jalin kerjasama

[Copy link]
Post time 29-9-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode

TENGKU Muhammad bersama Toto Wolff pada majlis menandatangani lanjutan kerjasama Mercedes AMG dan Petronas, hari ini. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mercedes-AMG terus menjalinkan kerjasama bermula 2026 hingga 2030 berdasarkan kepada peraturan baharu enjin Formula Satu (F1) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Bermula 2026, peraturan baharu membabitkan enjin F1 perlu menggunakan bahan api yang dihasilkan daripada biofuel.

Berikutan itu, Petronas mengambil langkah proaktif dengan melanjutkan kerjasama bersama pasukan berpangkalan di Brackley, United Kingdom itu untuk membangunkan bahan api terbaik.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, pihaknya berbangga dapat meneruskan kerjasama bagi membangunkan bahan api terbaik dalam F1.

"Pengalaman dalam satu pasukan sejak sedekad lalu, dan keupayaan teknikal serta kepakaran yang diperoleh daripada gabungan bakat kami, Petronas berharap mampu melakar bab seterusnya dengan tumpuan kepada bahan api mampan termaju untuk Mercedes.

"Bersama-sama dengan rakan kongsi kami, Petronas akan terus membangunkan terutama bersama Fluid Technology Solutions kami menerusi tawaran inovatif," katanya.

Sementara itu, Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolf teruja dengan kerjasama itu yang kini berlanjutan dua dekad selepas mula jalani kerjasama bersama Petronas sejak 2010.

"Hari ini kami melakukan sesuatu yang agak luar biasa mengumumkan kerjasama yang akan bermula dalam masa empat tahun.

"Jelas ini memberi mesej penting kepada pasukan dan Petronas bukan lagi sekadar rakan kongsi, kami adalah keluarga, dan kami akan menjadi satu pasukan untuk beberapa tahun yang akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rus-jalin-kerjasama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.142275 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list