|
BEIJING: Dunia beransur kembali kepada keadaan normal selepas penularan COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019.
Namun, di China, di mana coronavirus 'pneumonia viral' itu dikesan seribu hari lalu dan dimaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) kekal sebagai rutin kehidupan sehingga kini.
Di negara Asia, ujian RT-PCR untuk mengesan COVID-19 adalah perkara rutin dalam norma baharu, baik di bandar besar mahupun kecil.
Pada 31 Disember 2019, pejabat WHO di China dimaklumkan beberapa kes 'pneumonia viral' yang puncanya tidak dapat dikesan di bandar Wuhan dekat wilayah Hubei.
Sejak itu, virus yang kini dikenali sebagai SARS-CoV-2 berevolusi menjadi kurang ganas merangkumi varian Omicron, yang pantas merebak.
Bagaimanapun, kebanyakan negara dunia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
Selepas Shanghai menguatkuasakan perintah berkurung pada April dan Mei untuk membendung strain Omicron yang pantas menular, ujian COVID-19 adalah perkara rutin untuk memastikan diri tidak dijangkiti virus berkenaan, selain mengamalkan kuarantin apabila dijangkiti atau ada kontak rapat.
Ia adalah dasar yang pernah dianggap kontroversi dan menjejaskan kewangan awam.
Reruai atau kiosk yang menyediakan perkhidmatan ujian COVID-19 disediakan di tengah laluan pejalan kaki, menempatkan beberapa petugas kesihatan berpakain perlindungan diri (PPE) bersedia untuk melakukan ujian calitan, dengan ada reruai beroperasi 24 jam sehari.
Setakat penghujung Mei lalu, sekitar 15,000 reruai disediakan di Shanghai, menurut media tempatan manakala di Beijing terdapat 10,000 reruai dan Shenzen mempunyai lebih 7,000 buah.
"Lakukan ujian PCR setiap dua hari, saya merasakan ia cuma merugikan sumber," kata seorang pengguna media sosial Weibo. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/09/1005385/dunia-kembali-normal-namun-ujian-covid-19-tetap-menjadi-rutin
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|