CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2831|Reply: 53

[Tempatan] GST dijangka kembali 2024

  [Copy link]
Post time 28-9-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2024 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mungkin mengekalkan Cukai Makmur tahun depan.

Maybank Investment Bank (Maybank IB), berkata GST dijangka tidak akan diperkenalkan tahun depan memandangkan keperluan kerajaan adalah menguruskan inflasi berdasarkan jangkaan peralihan subsidi bahan api kepada pendekatan bersasar, dengan beberapa pelarasan dalam harga bahan api tahun depan.

"Kami tidak menolak beberapa 'mesej' dalam Bajet 2023 untuk menyediakan pengguna dan perniagaan berkaitan kemungkinan pelaksanaan semula GST pada 2024 selepas PRU-15," kata Maybank IB dalam satu nota penyelidikan yang ditulis bersama oleh penganalisisnya iaitu Suhaimi Ilias, Dr Zamros Dzulkafli dan Fatin Nabila Mohd Zaini.

Maybank IB bagaimanapun berkata, seandainya 'kos politik' GST terlalu besar untuk ditanggung oleh mana-mana kerajaan sedia ada atau jika PRU akan datang dimenangi Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan tentangan kepada pelaksanaan semula GST, maka alternatifnya adalah meneruskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, selain memperluaskan pangkalan data serta liputan.

"Jika GST tidak dilaksanakan semula, SST sedia ada diteruskan tetapi dengan lebih luas berdasarkan Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barangan termasuk platform e-dagang (kecuali penghantaran makanan dan minuman serta perkhidmatan logistik) yang diumumkan pada 1 Julai lalu.

"Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang mengemas kini Akta Cukai Jualan 2018 akan mengenakan 10 peratus Cukai Jualan ke atas barangan bernilai rendah (iaitu bernilai RM500 dan ke bawah) yang dijual oleh penjual berdaftar melalui platform dalam talian dan dihantar ke Malaysia mulai 1 Januari 2023.

"Situasi sebegitu juga akan meningkatkan prospek pencukaian ke atas kekayaan dan keuntungan modal pada masa akan datang, menambah kepada cadangan pengembalian semula cukai ke atas pendapatan sumber asing dalam Bajet 2022 yang kini ditangguhkan sehingga 31 Disember 2026," katanya.

Sementara itu, Maybank IB berkata, pihaknya menjangka kemungkinan wujud pelaksanaan Cukai Makmur 2.0, meskipun statusnya masih menjadi persoalan selepas Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan ia adalah langkah cukai sekali saja dalam Bajet 2022.

Pada Jun lalu, penganalisis menganggarkan, kerajaan dijangka menjana pendapatan tambahan sehingga RM10 bilion tahun ini menerusi pelaksanaan Cukai Makmur yang dikenakan ke atas tidak lebih 250 syarikat di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group, Dr Anthony Dass, berkata pendapatan cukai tambahan itu lima hingga 15 peratus lebih tinggi berbanding RM63.75 bilion cukai korporat yang dikutip pada 2019, enam hingga 20 peratus berbanding RM50 bilion yang dikutip ketika pandemik melanda negara pada 2020 dan tambahan daripada kutipan RM65.5 bilion tahun ini.

Dass berkata, Cukai Makmur dijangka membabitkan tidak lebih daripada 250 syarikat dengan anggaran cukai yang memberikan tambahan kepada pendapatan kerajaan adalah sekitar RM3 bilion hingga RM10 bilion tahun ini.


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/09/1005656/gst-dijangka-kembali-2024

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu adil utk smua termasuk bangsa subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 28-9-2022 02:24 PM

Iols ok je GST sejak dari dulu. Ini lebih adil kerana ramai x byr cukai spt acik nasi lemak tepi jalan yg nk beli vellfire tp x byr cukai income berbelas ribu sebulan. Juga pd bdk2 instafamous dan tik tokers serta peniaga2 yg pandai mengelak cukai tu semua. Dan juga lain2
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 02:29 PM | Show all posts
semoga yang terbaik untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 28-9-2022 02:20 PM
Iols ok je GST sejak dari dulu. Ini lebih adil kerana ramai x byr cukai spt acik nasi lemak tepi jal ...

Kita sependapat sissszzz…. Akak jua onz jah dengan gst sis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 02:49 PM | Show all posts
Dan peniaga akan naikkan lagi harga barangan, kononnya tertindas dengan GST. Padahal cukai tu pengguna yang bayar, kau orang cuma tolong kerajaan kutipkan je. GST mansuh takde pulak turunkan harga barang. Taikkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2022 03:07 PM | Show all posts
naik lagi lah harga brg... iols ok jah dgan gst as long as gst utk negara bukan buat bayar hutang wanemdibi
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 03:20 PM | Show all posts
Freelance accountant tersenyum gembira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 03:24 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 28-9-2022 02:20 PM
Iols ok je GST sejak dari dulu. Ini lebih adil kerana ramai x byr cukai spt acik nasi lemak tepi jal ...

ya betul tu..... setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yayy..back for good kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 03:53 PM | Show all posts
GST lebih sng gov nk detect company yg xbyr tax... beza ngn SST skrg ni.. same je 6% semua rakyat byr...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 28-9-2022 05:15 PM

Kenalah buat gst sbb nak wat bayar hutang 1mdb berpuluh billionzz..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:34 PM | Show all posts
Lepas GST dilaksanakan semula, jawabnya sambut Ramadan dan Hari Raya ala kadar aje..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk pulak  acik  kepam runsing  acik kepam  lain  tk bayar  tax  6%.org kaya mcm najib selamba  batak je  tak bayar  tax berbillion. itupun kantoi sbb dah pegang  kuasa. itu baru najib
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 28-9-2022 04:34 PM
Lepas GST dilaksanakan semula, jawabnya sambut Ramadan dan Hari Raya ala kadar aje..

Bknkah kesederhanaan itu dianjurkan dlm agama. Ini sambut raya dh mcm sambut CNY
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 05:30 PM | Show all posts
ABCD GST
HIJKLMN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pekanwoohoo replied at 28-9-2022 06:49 AM
Dan peniaga akan naikkan lagi harga barangan, kononnya tertindas dengan GST. Padahal cukai tu penggu ...

Collection GST yang lepas tu
Pun berapa kerat dapat balik
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami menurut perintah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah.

Lepasni 1 ekor menteri boleh ada 10 ekor timbalan.

Lama2 kementerian smua jd zoo. Monyet je ramai makan gaji buta. Belum masuk elaun lg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:03 PM | Show all posts
gst dilaksanakan semata-mata untuk pungut cukai lebih dari rakyat. semua alasan lain cuma penipuan kerajaan supaya dapat pungut cukai lebih tinggi...

contohnya sardin, keluarga mana yang akan beli sardin ni sampai berbakul-bakul? keluarga kaya tak makan sangat pun, manakala keluarga miskin juga tak akan beli sampai berbakul-bakul... beli ikut keperluan sahaja tetapi terpaksa beli lebih mahal sebab gst... keluarga kaya dan miskin akan beli keperluan lebih kurang sama sahaja tetapi keluarga miskin akan terbeban lebih kerana gst dalam perbelajaan harian

kerajaan najiblah yang terpaksa mulakan gst kerana kerajaan itu merompak duit rakyat sehingga berbillion-billion...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.079492 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list