Tanggal 27 September merupakan hari ulang tahun kelahiran selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura.
Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, Fazura sekeluarga telah mengambil keputusan pergi bercuti di Langkawi bagi meraikan hari penuh bermakna buat dirinya.
Baca juga : " Percutian Sempena Ulang Tahun Ibu Sudah Tiba. Jom Pergi Fatima." Fazura Pergi Bercuti Ke Mana Tu?
Menariknya, satu video yang baru dikongsi di Youtube channel "MyFazura" telah menjadi tumpuan ramai apabila "Hubsbaby", Fattah Amin telah diberikan tugas khas iaitu make-up wajah Fazura untuk makan malam bagi meraikan hari lahirnya.
Agak-agak Fattah ada bakat tak dalam bidang solekan? Jom kita tengok hasilnya.
Rata-rata netizen yang menonton video ini sangat terhibur melihat gelagat pasangan kesayangan ramai ini. Berbakat juga rupanya Hubsbaby dalam bidang solekan ya, cuma kenapa tangan boleh berbau sambal? Siap pakej dia bagi! kata Fazura.
Alahai "bersemut" kan tengok dorang. Mesti ramai yang tersengih sorang-sorang ketika menonton video ini, baik ngaku!. - CARI
|