CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 905|Reply: 4

Amber Heard Sibuk Cari Wang Bayar Saman, Tak Peduli Kisah Percintaan Johnny Depp

[Copy link]
Post time 27-9-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Biarpun kecoh kisah percintaan Johny Depp dengan peguamnya, Joelle Rich yang dikatakan masih berstatus isteri orang hangat diperkata, pelakon Amber Heard tidak berasa terganggu dengan berita mengenai bekas suaminya itu.


Sumber terdekat kepada pelakon itu sebaliknya tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa selain kini memberi tumpuan cara mendapatkan wang bagi menampung kehidupan selepas kalah dalam kes saman fitnah terhadap bekas suaminya itu sebelum ini.




Vanity Fair/Marca




"Amber tidak memberi perhatian tentang perkara berkaitan dengan Johnny apatah lagi dengan siapa dia bercinta. Dia hanya mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa mencampuri sebarang urusan bekas suaminya itu," kata sumber berkenaan seperti dilaporkan Marca.


Johnny dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan Joelle yang merupakan peguam bela aktor itu ketika menentang kes saman fitnah terhadap Amber di United Kingdom sebelum ini dan kalah dalam saman tersebut.


Johnny kemudian memenangi kes saman fitnah terhadap Amber yang dibicarakan di Amerika Syarikat pada Jun lalu menyebabkan Amber terpaksa menjual beberapa hartanah miliknya bagi membayar ganti rugi berjumlah US$10.35 juta (RM55 juta) kepada aktor berkenaan.


Tidak hanya itu, Amber turut menanggung hutang yang banyak termasuk perlu membayar pasukan peguam membelanya di mahkamah.


Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai Joelle yang kini dalam proses penceraian bersama suaminya dan didakwa sanggup meninggalkan dua anaknya untuk menghadiri persidangan kes Depp berhubungan saman fitnah terhadap bekas isteri iaitu Amber Heard.



Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Abistu nak buat apa? Elok kawin dgn JD boleh idup senang kau berak atas katil lak.  Hadap je la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 03:01 PM | Show all posts
dia ni untung dapat jantan2 kaya...
tapi perangai and emosi plak tak stable..
hujung2 kais pagi makan pagi je la senah oii...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:14 PM | Show all posts
Amber Heard should have stfu. She caused all this mess for herself. She wanted to "shame" Johnny Depp but in the end she got shamed the most.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:03 PM | Show all posts
AH xpernah cintakan JD nk duit & fame utk kedudukan di hollywood
lagipun AH dah kawen dgn eve barlow
tak boleh brainlah caner JD leh sangkut dgn AH
punyalah byk sisi gelap AH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.070310 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list