CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

Michael Jackson berhasrat buka sekolah muzik di Afrika

[Copy link]
Post time 27-9-2022 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Michael Jackson berhasrat buka sekolah muzik di Afrika


Akon bersama mendiang Michael Jackson. FOTO Agensi

London: Penyanyi rap terkenal, Akon mendedahkan mendiang penyanyi Michael Jackson pernah berhasrat untuk membuka sebuah sekolah muzik di Afrika ketika hayatnya.

Akon berkata, mereka merancang untuk mencungkil dan melahirkan bakat warga Afrika dengan menyediakan kemudahan serta modul pembelajaran bagi meningkatkan lagi kualiti nyanyian di benua terbabit.

"Kami pernah bersembang untuk mewujudkan sebuah universiti atau sekolah muzik di seluruh Afrika dengan menyediakan kemudahan dan pengetahuan mengenai dunia hiburan selain dapat menggilap skil nyanyian mereka.

"Afrika mempunyai ramai bakat hebat. Salah satu impian kami adalah untuk pergi ke Nigeria bagi memberi peluang baharu kepada warga Afrika ketengahkan bakat yang dimiliki," katanya.

Menurut Akon, raja pop itu sememangnya seorang insan yang berhati mulia dan dia mempunyai perancangan untuk merealisasikan impian terbabit.

"Pembinaan sekolah itu belum berlaku dan ia sekadar perbincangan antara kami berdua sebelum ini tapi saya terfikir untuk melakukan sesuatu melalui perbincangan itu," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... lah-muzik-di-afrika

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.436125 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list