CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 0

Hazani dilantik Pengarah Operasi PDRM pada PRU15

[Copy link]
Post time 26-9-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Hazani dilantik Pengarah Operasi PDRM pada PRU15

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL 26 September 2022 11:19am






Hazani Ghazali




KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik sebagai Pengarah Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau berharap KDNKA sebagai jabatan pengoperasian dapat menjalankan tugas menjaga keselamatan masyarakat dan kententeraman awam ketika PRU15.

"PDRM juga akan menggunakan secara optimum jentera pasukan dengan perancangan sistematik bagi memastikan situasi PRU aman dan pada masa yang sama tugas hakiki mengekalkan keselamatan dan keamanan negara," katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan di Bukit Aman di sini pada Isnin.

Acryl Sani berkata, pengawai dan anggota Polis Diraja Malaysia juga perlu sentiasa cakna dan memahami tanggungjawab serta melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai bidang kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Selain itu, kita juga perlu memahami akta lain yang berkaitan dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai anggota polis semasa PRU kelak.

"Para petugas PDRM perlu menjalankan tugas dengan profesional demi mengelakkan sebarang implikasi yang mampu mencalar kredibiliti pasukan dan kewibawaan kerajaan," tegasnya.

Acryl Sani berkata, beliau telah mengeluarkan arahan mengenai usaha memantapkan amalan kesantunan berbahasa dalam penyampaian perkhidmatan PDRM yang perlu diberi perhatian.

"Sebagai pegawai polis, kita perlu bijak mengawal emosi, menjaga tutur kata dan menjaga tahap profesionalisme yang tinggi sepanjang melaksanakan tugas terutama berhadapan situasi bersifat provokasi.




"Kita juga perlu telus dalam menangani isu yang melibatkan mana-mana parti politik agar pasukan ini dilihat sebagai institusi kepolisian yang profesional," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075010 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list