View: 1073|Reply: 9
|
[Dunia]
Tulang manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di Burgos, Sepanyol
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 25-9-2022 11:52 PM
Fosil manusia tertua pernah ditemukan di benua Eropah sebelum ini ialah pada 2007, yang berusia 1.2 juta tahun.
BURGOS: Tengkorak berusia 1.4 juta tahun, fosil manusia tertua pernah ditemukan di benua Eropah dan dipercayai mampu mengubah pengetahuan mengenai prasejarah manusia, menurut saintis yang terlibat dalam penemuan itu.
“Kami masih belum mengetahui spesies manusia pertama berdasarkan penemuan itu,” ahli arkeologi Aurora Martin, yang juga penyelaras am Muzium Evolusi Manusia di Burgos, utara Sepanyol, memberitahu Agensi Anadolu.
Tulang-tulang itu, ditemukan di dalam gua di tapak penggalian Sierra de Atapuerca berhampiran Burgos pada akhir Jun, dianggap “satu kejayaan yang akan membantu menulis kembali sejarah evolusi manusia.”
“Sehingga 1994, diketahui bahawa tiada spesies manusia purba di Eropah sehingga 500,000 tahun dahulu.
“Sekarang terdapat bukti kewujudan manusia pada 1.4 juta tahun dahulu. Dalam erti kata lain, kita menolak evolusi manusia di Eropah pada satu juta tahun lepas.
“Penemuan baharu itu, merupakan tengkorak satu spesies, yang digali pada musim panas 2022, dan dipercayai berusia 1.4 juta tahun. Hal ini membuka lembaran baharu untuk pelbagai persoalan.
“Kami akan cuba mencari jawapan kepada persoalan ini, tetapi semuanya akan dilakukan selepas penyelidikan. Kami tidak boleh memberikan jawapan sekarang,” katanya.
Tapak Atapuerca dijumpai semasa pembinaan kereta api pada akhir abad ke-19, dan penggalian pertama bermula pada 1976.
Fosil manusia tertua pernah ditemukan di benua Eropah sebelum ini ialah pada 2007, yang berusia 1.2 juta tahun.
Menurut laporan fosil manusia dan haiwan Zaman Batu Purba yang ditemukan di Atapuerca, Tapak Warisan Dunia itu kini dipamerkan di Muzium Evolusi Manusia di Burgos. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak dinyatakan dalam artikel tulang ni dari spesis homo heidelbergensis?
bersungguh sungguh nampaknya puak kokesen eropah nak buktikan dorang bukan dari spesis neanderthal |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 26-9-2022 12:39 AM
kenapa tak dinyatakan dalam artikel tulang ni dari spesis homo heidelbergensis?
bersungguh sungguh ...
Naenderthal pun bangsa koum primat juga baq hang. Kalu depa nak buktikan depa spesis tu bak kata hang, alu tak dak masalah. Dipersilakan. Kita bangsa anak adam puak spesis homosapiens. Lagi maju baq hang. Bukan primat. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu nak habaq, ada kajian pernah kata bangsa endon jongoih bangsa hamba abdi @Friska ada banyak lagi tinggalan naenderthal. Ratuih ribu tahun dulu puak homosapien endon pi mengawan dengan spesis naenderthal. Tu pasai hari ni hampa buleh tengok puak2 jongoih endon ni ada iras2 rupa speais naenderthal hat dah lama pupuih tu. Rangka tulang pipi depa kan lagu dok terkeluaq tu. Cuba tengok muka jawa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Macik lemah bab2 sejarah tulang temulang manusia
Jadi soalan jujur dari macik
Errr errrrr
Tulang tu memang tak reput eh?
Ke tertanam dalam ais macam baby mammoth tu
Sape gelakkan macik
Macik doakan dia sedu hiccup satu hari |
|
|
|
|
|
|
|
jadi saiz manusia tu besar atau biasa biasa shj??? |
|
|
|
|
|
|
|
tu tinggalan ummah adam sebelum adam sebelum adam yang kita ni la kan huhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih percaya teori omputih ni lebih jujur
|
|
|
|
|
|
|
| |
|