CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6959|Reply: 131

[Tempatan] Salahkah perigi cari timba?

  [Copy link]
Post time 25-9-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PERKAHWINAN adalah satu fasa kehidupan yang amat dinanti-nantikan oleh setiap manusia. Ia adalah satu proses di mana fitrah seorang lelaki dan seorang wanita ingin menjalani hidup sebagai sebuah pasangan, direalisasikan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Najm ayat 45, mafhumnya: ”Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan…”. Dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat pula, Allah berfirman mafhumnya: ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)”.

Jelaslah bahawa umat manusia ini diciptakan pasti memiliki pasangan iaitu jodoh yang telah ditentukan sejak azali lagi. Namun, dalam usaha mencari dan mendapatkan jodoh, adakah ianya peranan kaum lelaki semata-mata? Pastinya tidak. Stigma dalam masyarakat Melayu kita apabila wanita yang mengorak langkah untuk mendapatkan jodoh diterjemahkan melalui peribahasa ‘perigi mencari timba’.

Ianya dianggap sebagai tindakan yang tidak manis memandangkan wanita amat sinonim dengan sifat malu yang menebal. Pada era modenisasi ini, stigma tersebut wajarlah diabaikan. Hal ini kerana pada zaman yang penuh mencabar seperti sekarang, wanita tidak lagi harus dikongkong dan hanya mengikut telunjuk keluarga sahaja. Mereka berhak membuat pilihan dan menentukan calon suami terbaik untuk memimpin rumahtangga bahagia yang diimpikan.

Luahan hasrat perkahwinan seorang wanita kepada lelaki bukanlah perkara yang salah. Ia adalah tindakan yang betul jika disulami dengan perancangan dan strategi masa depan yang terjamin. Terdapat ribuan jenis lelaki yang wujud dalam komuniti, kaum wanita berkesempatan menapis setiap dari kalangan mereka untuk mencari lelaki yang diimpikan sebagai suami kelak.

Lelaki hidung belang, kaki perempuan, biawak hidup dan pelbagai lagi sikap negatif seorang lelaki berupaya dihindarkan jika wanita mengambil langkah awal dalam memilih. Jika ditemui lelaki yang rajin, bersikap matang, tidak beremosi, berperwatakan menarik dan kuat pegangan agama, pastinya si wanita tidak akan ragu-ragu lagi dalam mengorak langkah ke arah mendirikan rumah tangga.

Jika ditelusuri dari aspek sejarah Islam, tahukah pembaca bahawa Rasulullah SAW juga telah dilamar oleh seorang wanita mulia bernama Khadijah binti Khuwailid. Lamaran itu dibuat melalui utusan Khadijah iaitu Maisarah kepada baginda. Saidatina Khadijah amat tertarik dengan peribadi dan personaliti Rasulullah yang ditonjolkan baginda dalam menguruskan amanah perniagaan barang dagangan milik Khadijah.

Dalam kisah ini, jelas bahawa Khadijah tidak bertangguh lagi untuk menjadikan Rasulullah sebagai peneman hidup. Malah, terdapat satu lagi kisah yang dicatatkan oleh Imam Bukhori dalam Sahihnya iaitu hadith bernombor 5658. Pada suatu hari, seorang wanita datang bertemu Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya untuk dinikahi baginda. Peristiwa ini dilihat oleh anak perempuan Anas bin Malik lalu dia berkata, “Alangkah tidak malunya wanita itu.” Lalu kata-katanya itu ditempelak oleh bapanya, Anas, “Wanita itu lebih baik darimu, dia tawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW!”.

Berdasarkan kisah ini, para ulama telah membuat beberapa kesimpulan bahawa harus seorang wanita melamar lelaki yang soleh untuk dinikahinya, dan sebab lamaran itu dibuat kerana kesolehan sang lelaki, sifat mulia yang ada padanya atau nilai-nilai agama yang ada dalam dirinya. Malah, perkara itu langsung tidak merendahkan maruah wanita tersebut bahkan menonjolkan ketinggian jiwa dan nurani wanita itu.

(Fathul Bari syarah Sahih al-Bukhori) Perkahwinan adalah satu perkara yang melengkapkan agama orang-orang beriman. Justeru, melalui langkah melamar lelaki yang tepat, dia pasti berupaya membimbing wanita tersebut mengharungi fasa dan liku-liku kehidupan mendatang berlandaskan paksi agama. Oleh itu, para wanita jangan sesekali malu untuk mengorak langkah dahulu dalam usaha mendapatkan calon suami terbaik yang bakal memberi kesan di masa hadapan.

https://malaysiagazette.com/2022/09/25/salahkah-perigi-cari-timba/?amp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah pung
Mana tau calon yang dikenankan tu sesuai.atau yang terbaik utk dia...
Khennnn...
Forumner dalam ni.pung ada begitu juga...
Mana tau jodohs
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 25-9-2022 06:18 PM

X salah dik..yg slh bila timba yg Dicari Tu..dahla buruk berkerak..berkarat berlubang2..blh buat besi buruk jer... kehkehkeh..so kalau nk cr timba..carilah yg semenggah..yg solid besi..payah karat..nanti bila timba air..elok jer...air bersih dpt..timba pun sedap Mata memandang.

P/s ni den cite PSL timba betul..xde kene mengena dgn yg hidup atau dah kojol...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki soleh mcm PU or pas?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
X salah klu uols sejenis berani..

Iols wlupun nmpk open minded tetap lh xpernah ‘cari timba’ sbb x berani n penyegan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ada kwn sekolah claim bini dia yg takel dia. Indirectly perigi cari timba lah kan. Dia citer tu msa tgh ada krisis dgn wife dia. Meols tak tahu la motif dia apa sebenarnya. Nak bgtaw yg dia sebenarnya x hadap sgt bini dia ke. Dari situ meols mcm rasa bahaya bila lelaki tu acah2 ditekel oleh perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 06:52 PM | Show all posts
siapq tulis article? first perenggan aku dah potong stimm, penjodoh bilngan boleh salah, sebuah pasangan lol apa kejadah punya kualiti artikel hermmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau laki tu berkualiti why not jd perigi
old school la asik ditekel jer..mari kita pulak menekel..laki yg tekel pun selalu mika mcm cekodok pishang jer..yg herlokkk pulak jual mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 25-9-2022 06:16 PM
X salah dik..yg slh bila timba yg Dicari Tu..dahla buruk berkerak..berkarat berlubang2..blh buat bes ...

Hohoho.. adoii terus aku teringat timba telaga aku suatu ketika dulu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-9-2022 06:55 PM
kalau laki tu berkualiti why not jd perigi
old school la asik ditekel jer..mari kita pulak mene ...

Lelaki mmg prasan hot stuff.. laki aku dulu masa tuu dua ckp kat aku suh ckp kat parents dia nak jumpa.. aku yg bodo bgtau... pas tuu dia buat dekay.. aku meradanglaa. Mak aku tanye mana.. dah dkt sebulan dah aku bolayan baru dia dtg.. dia ckp nak tgk aku serius ke idak... aku whatttt
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 07:53 PM | Show all posts
ramlang porigi mencari timberland tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah kami ini laki msia yang may caro kami, kami ga perlu cari mereka datang sendiri kerna mereka lihat keistimewaan kami wanita indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tak salah, but kena ikut cara islam...which is waris si perempuan yang pergi merisik. kalau perempuan sorang pi tackle, atau pompuan tu yang sendiri luahkan tu salah ya...bukan cara islam, dan isteri nabi tak buat cara tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 25-9-2022 06:31 PM
Meols ada kwn sekolah claim bini dia yg takel dia. Indirectly perigi cari timba lah kan. Dia citer t ...

Meols pun penah ada kawan camni. Dia lelaki so dia tnyla apsal meols bujang lg meols pun ckpla takde org masuk meminang. So die pun spill la dia ckp masa couple dulu mmg wife dia yang ajak kawen so die ikut jelah ckp bini dia. Tapi ending dia skrang I dh tak contact dh kawan i tu lepas tetiba dia whatsapp I dia cakap body I walaupun pakai baju labuh tapi mengiurkan. Like wtf????nasib baik la taste i bkn laki org gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
BTW girls aku nasihatkan appreciate la diri tu sendiri,kalau korang cari timba sebab rasa macam worthless takde laki stop it. Ingat ye supermodel VS pun bleh laki curang ni kan kite perempuan marhaen.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
trisnalovezul replied at 25-9-2022 08:08 PM
Alhamdulillah kami ini laki msia yang may caro kami, kami ga perlu cari mereka datang sendiri kerna  ...

Bukan ko ke yg offer pepek ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 09:46 PM | Show all posts
tak salah, cuma pastikan timba tu belum ada tuan nyer...kalu dah ada, carik nahas namanyer
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 25-9-2022 08:52 PM
Meols pun penah ada kawan camni. Dia lelaki so dia tnyla apsal meols bujang lg meols pun ckpla tak ...

Hahaha sibuk je kan nak mengukur body pompuan lagi. Tapi by nature lelaki ni mengejar. Bila dikejar tu mula2 mcm rela, lepas tu perangai tu hazab dan x hargai bini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah perigi cari timba  ... Tapi alangkah malunya kalau di reject cam tu jer , lagi malu kalau si tiba canang kat seluruh alam yg si perigi tergila2 kan dia...huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 25-9-2022 08:54 PM
BTW girls aku nasihatkan appreciate la diri tu sendiri,kalau korang cari timba sebab rasa macam wort ...

Sebenarnya bila fikir model VS pun boleh kena curang, I jadi kurang takut nak kawin. Sbb I fikir siapa2 pun boleh dicurangi so nak takut apa sgt. Boleh ke fikir mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.156227 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list