View: 1683|Reply: 13
|
[Dunia]
Mental orang bumi :Planet Marikh jadi tempat pembuangan 6,000 kilogram (kg) sampah
[Copy link]
|
|
WASHINGHTON – Planet Marikh menjadi tempat pembuangan sampah peralatan dan kapal angkasa manusia dalam tempoh 50 tahun lalu.
Ia menjadi tempat pembuangan sampah itu walaupun tiada manusia yang berjaya tiba di planet tersebut sehingga kini.
Setakat ini, manusia telah meninggalkan lebih 6,000 kilogram (kg) sampah di Marikh.
Seorang felo penyelidik pasca doktoral dalam bidang robotik di West Virginia University, Cagri Kilic menganalisis jisim semua kenderaan penjelajah dan orbiter yang dihantar ke Marikh dan mendapati terdapat tinggalan sampah buatan manusia seberat hampir lebih 6,000kg.
Sampah itu termasuk peralatan yang dibuang ke planet tersebut dan kapal angkasa yang tidak aktif setelah ia terhempas di permukaan planet.
Ia juga melibatkan kapal angkasa tanpa juruterbang milik Kesatuan Soviet yang kini dibubarkan dan dikenali Rusia.
Kapal angkasa itu melakukan pendaratan sebelum terhempas pada tahun 1971.
Antara kenderaan penjelajah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang berada di Marikh ialah Opportunity yang aktif dari tahun 2004 hingga pertengahan 2018.
NASA ialah agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS). – Agensi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Puing puing angkasa
Space debris
Pebbles in the sky.
|
|
|
|
|
|
|
|
So adalah kemungkinan yg gambar2 disiar konon2 Dr Marikh Tu, dgn caption begitu begini.. kemungkinan besar ITU adalah sisa2 sampah jer sebenarnya..dah kata tiada kehidupan disana..tp gigih amik gambar ITU ini seolah2 nak bgtau Ada kewujudan makhluk... tah la labu..ikut suka Ati ko lah nak buat drama apa..sbg org Islam,..bila kiamat, bumi ni Akan musnah..Dan disini, bkn hny merujuk kpd bumi, tp seluruh alam semesta juga Akan musnah Sama sekali.. tmskla planet Marikh kesyangan umat barat...so??? Lantak la ko labu...
Blm sempat KO g Marikh, planet Tu sndr ranap SBB sampah sarap Dr tgn2 durjana KO juga wahai manusia bumi... kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
tu kt marikh, kt orbit bumi lagi byk |
|
|
|
|
|
|
|
50 tahun = 6 tan sisa jelajah Marikh.
Okay la tu.
Saiz Mesia yg kecik cenonet ni pun setahun bertan² sampah. |
|
|
|
|
|
|
|
kat marikh memang dah tercemar...
tak pa
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana tapak rumah elon musk... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia cuma citer 'sampah' tinggalan buatan manusia kat Marikh.
Apa point yg nak sampaikan?
Dia expek NASA cipta rover yg boleh decomposed secara alami?
Dahtu plutonium RTG nak campak mana... bawak balik tanam kat bumi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Entahle dik..akak pun x penah smpi marikh lg
Tp kuantan boksit kaler oren akak penah smpi la |
|
|
|
|
|
|
|
manusia mcm virus sana sini buang taik... |
|
|
|
|
|
|
|
saya sebagai penduduk planet bumi minta maaf kepada penduduk planet marikh |
|
|
|
|
|
|
| |
|