CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2704|Reply: 23

[Tempatan] Zaman silam ketika banduan Abdullah Ang ‘merajai’ Penjara Kajang

  [Copy link]
Post time 25-9-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 25-9-2022 05:24 PM

Gambar yang mendedahkan ‘kebebasan’ dinikmati Abdullah Ang walaupun sedang menjalani hukuman penjara. (Gambar Goh Seng Chong)

PETALING JAYA: Tiga puluh tiga tahun lalu, negara dikejutkan dengan keberanian banduan “istimewa” Abdullah Ang, yang bebas merayau-rayau di luar Penjara Kajang.

Kenangan mengenai skandal Abdullah hidup semula di tengah-tengah kontroversi semasa berhubung dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang kerana rasuah, menerima layanan istimewa.


Tindak-tanduk Abdullah, yang dikatakan bersekongkol dengan kakitangan penjara, didedahkan oleh akhbar Malay Mail susulan tekanan daripada pelbagai pihak.

Salehuddin Othman, editornya pada masa itu, memberitahu FMT beliau ditawarkan rasuah RM100,000 oleh seorang pemanggil tidak bernama untuk tidak menyiarkan pendedahan itu.

Bercerita buat kali pertama tentang pengalamannya berhubung skandal Abdullah, beliau berkata, pemanggil itu memberitahunya bahawa seorang pemimpin kanan

Laporan mengenai ‘banduan istimewa’ Abdullah Ang diterbitkan di muka depan akhbar Malay Mail pada Ogos 1989.

Sebelum disabitkan kesalahan pecah amanah, Abdullah memegang jawatan ketua eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC).

Antara cubaan untuk menghalang Salehuddin menerbitkan pendedahan itu termasuk seorang pemandu kereta mengacukan senapang angin ke arahnya ketika beliau memandu di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban.

“Dia mengekori saya dari jauh dan mengacukan senapang itu ke arah saya ketika memotong (kenderaan) saya,” kata Salehuddin, yang mengesyaki pelakunya seorang pemegang amanah dalam lembaga penjara.


“Kedua-dua kejadian itu mengakibatkan trauma tetapi kami perlu menerbitkan penemuan kami dengan niat mendedahkan salah laku dalam penjara.

“Keistimewaan yang diberikan kepada Abdullah Ang mencadangkan amalan rasuah membabitkan kakitangan penjara dan kita tidak boleh berpaling daripada skandal seperti itu,” kata Salehuddin.

Beliau berkata, walaupun Abdullah dan Najib ialah contoh yang kontras, kedua-dua individu itu menikmati layanan istimewa disebabkan pengaruh dan hubungan baik mereka dengan pemimpin tertinggi negara.

Salehuddin berkata, beliau tidak menyesal mengambil risiko untuk cerita yang begitu penting.


“Berbaloi dengan kesulitan berurusan dengan orang atasan,” tambahnya.

Beliau mendedahkan bahawa kisah itu bermula daripada maklumat seorang pegawai penjara “yang tidak pernah kami temui”. Sumber itu mendedahkan keangkuhan Abdullah yang berkelakuan seolah-olah Penjara Kajang itu miliknya.


Salehuddin Othman, editor akhbar Malay Mail ketika itu, ditawarkan rasuah RM100,000 dan berdepan ancaman oleh pihak yang tidak mahu pendedahan itu diterbitkan.

Pemberi maklumat itu memperincikan bagaimana Abdullah, yang sedang menjalani hukuman penjara empat tahun, membantu menjalankan perniagaan keluarganya di Kuala Lumpur, sedangkan dia sepatutnya berada di ladang orkid kendalian penjara di Mantin, Negeri Sembilan.

Maklumat itu menyebut pegawai penjara berpangkat tinggi, pengawal dan rakan sekutu ahli perniagaan itu, yang semuanya memainkan peranan.

Turut mengejutkan ialah pendedahan bahawa sel banduan itu dilengkapi dengan karpet, peti sejuk, pemain video dan katil air.

Abdullah juga dikatakan menghadiahkan katil air kepada pegawai penjara tertentu.

Setelah mendapat butiran pergerakan Abdullah daripada sumber, Salehuddin dan penolong editor A Sri K Nayagam menubuhkan pasukan untuk mengesan banduan itu.

Wartawan Badrolhisham Bidin dan jurugambar CH Loh dan Goh Seng Chong dikerah untuk memerhatikan sebuah kilang pakaian di Jalan Ipoh, tempat Abdullah dikatakan berada.

“Kami mempunyai gambar sebagai bukti dia berada di tempat yang tidak sepatutnya dan itu sudah cukup,” kata Salehuddin.

Mendalami tindak-tanduk banduan itu, Salehuddin berkata, wartawannya menemukan lebih banyak salah laku yang mengganggu.

Pada hari-hari Abdullah berada di ladang orkid di Mantin, dia selalu menjamu selera di gerai berdekatan dengan ditemani rakan perniagaannya yang tiba dengan kereta mahal.

Untuk makan tengah hari, Abdullah akan meminta pemilik gerai itu memasak udang, ayam atau apa sahaja yang disukainya. Dia biasanya memesan makanan untuk empat orang.

Wadar tidak mengendahkan perkara ini walaupun banduan diberikan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum teh di ladang dan dipanggil nama tiga kali sehari, iaitu pada 10.30 pagi, 1 petang dan 3.30 petang.

Sepanjang berbulan-bulan Abdullah bekerja di ladang itu dengan gaji harian RM5, dia akan membelanjakan antara RM450 hingga RM550 sebulan untuk makanan.

Bil makanan itu dijelaskan pada akhir bulan oleh rakan perniagaan yang datang menemuinya.

Salehuddin berkata, panel khas Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyiasat skandal itu menyalahkan kelemahan dalam sistem penjara. Siasatan dibuat pada masa berlakunya beberapa kejadian banduan melarikan diri dari penjara yang dikaitkan polis dengan kecuaian kakitangan dan tahap keselamatan yang longgar.


Abdullah Ang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan pecah amanah. (Gambar Facebook)

Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengarahkan agar rombakan dibuat di Jabatan Penjara untuk menyerupai struktur polis.

Perkara ini ditugaskan kepada bekas pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam polis, Mohamed Yassin Jaafar, yang menggantikan Nik Ariffin Nik Omar sebagai ketua pengarah penjara.

Kerajaan berpandangan bahawa memandangkan struktur polis menekankan disiplin dan keselamatan, pegawai kanan polis akan mempunyai perspektif yang lebih baik mengenai masalah yang melanda sistem penjara.

Beberapa “orang luar” lain daripada perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran turut dipinjamkan ke jabatan itu sebagai sebahagian daripada rombakan.

Salehuddin berkata, sebagaimana pendedahan mengenai Abdullah Ang yang memenangi anugerah itu menyerlahkan kebaikan, keburukan dan yang sensasi, kerajaan harus menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa seseorang yang menghidap ulser perut perlu mendapatkan rawatan di hospital pemulihan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/25/zaman-silam-ketika-banduan-abdullah-ang-merajai-penjara-kajang/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak penah baca psl kes ni
Wa respek sama wartawan malay mail ms tu sbb siap jd undercover lg utk skodeng mamat ni pi minum teh tarik kt bangsar ms tu.
Wartawan skang hanya cedok news dr twitter tiktok je la..harapkan feed dr netizen je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 10:53 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-9-2022 10:42 AM
Akak penah baca psl kes ni
Wa respek sama wartawan malay mail ms tu sbb siap jd undercover lg utk sk ...

humangaiii umo kaka ni dah masuk 5 series ke ??? meols masa ni isap botoi lagi sehhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 11:13 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-9-2022 10:42 AM
Akak penah baca psl kes ni
Wa respek sama wartawan malay mail ms tu sbb siap jd undercover lg utk sk ...

kalau tak pun depa cedok dari forum ni....siang malam bertangga kat forum nak dpt news

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 11:18 AM | Show all posts
Dr R Kunaseegaran masuk penjara mana ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-9-2022 10:42 AM
Akak penah baca psl kes ni
Wa respek sama wartawan malay mail ms tu sbb siap jd undercover lg utk sk ...

Lps tu create title ala ala gempak nk bg org klik bg masyukkk...haramjadah betoi kan

Kat fb ramai la haramjadah lagu ni...dulu² masa aku tatau masuk baca berita sampah...skg ni sori la nk terkena lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for sharing...menarik cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
So dollah ang ni hidup lagi ka dah kojol?
Gila betoi la rasuah zaman dulu....harap² yg bersekongkol pun jadi kayu api neraka 4eva
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang apa jadi dekat Abdullah ang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
berjasa betul salehuddin ni ye, dihulur 100k dia tak heran, kena ugut bunuh pon tetap berani expose wow
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus betul wartawan dulu2...tinggi betul etika kerja, berkat gaji mereka. Wartawan skrg dh la pemalas, kaki sentap plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm cite Korea The Prison.. penjenayah gengster rules the prison..

Tahla..SBB Tu den xpercaya sgt pun sistem undang2 manusia cipta ni..SBB byk Sgt lopongnya..didunia MN pun, bila ko Ada kuasa Dan duit, pasti Ada kelonggaran undang2 utk ko...so??? So so scandalous...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
So ada tak wartawan zmn la ni...youtuber nak cuba2 tembus tembok penjara now?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Abdullah tu nmpk mcm ada iras bossmur

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:51 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 26-9-2022 12:39 AM
Abdullah tu nmpk mcm ada iras bossmur

igt iols je fikir cmtu ms tgok gmbar 1st atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 26-9-2022 12:39 AM
Abdullah tu nmpk mcm ada iras bossmur

agaknya sbb tu penulis tergerak nak ungkit balik psl dolah ang ni kot. ade iras2 sipi gitu

dasat ye rasuah di msia smpai dah salah msuk jail pun blh sesuka hati ke sana sini,
bab duit plak dari dulu lg rupanya dah ratus ribu patut la skrg jd billion2 amountnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-9-2022 10:42 AM
Akak penah baca psl kes ni
Wa respek sama wartawan malay mail ms tu sbb siap jd undercover lg utk sk ...

Tu la..iols rs jaman kekanak jaman 80-90an syok ja iols baca newspaper...sekarang ni wartawan tulis berita pun ayat,isi,fakts seme kadang mcm tunggang terbalik je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 09:09 AM | Show all posts
sebenarnya dia adalah Big Mouse
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 09:49 AM | Show all posts
teruk betul sejak zaman lampau lagi dah takde integriti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:31 AM | Show all posts
syamzana replied at 26-9-2022 06:34 AM
agaknya sbb tu penulis tergerak nak ungkit balik psl dolah ang ni kot. ade iras2 sipi gitu

dasa ...

tu lah kan

tp bgs betul team reporter ni
siasat, turun padang, 'sekodeng'

team sekarang patutnya lebih lagi blh buktikan klu betul bossmu tu dpt 'privilege'
dgn mcm2 gajet, sources ape kan
bkn takat gambar, video dgn suara percakapan jgk should be ada


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.073677 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list