CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 4

Hanya Jamie Foxx Boleh Buat Cameron Diaz Kembali Berlakon

[Copy link]
Post time 23-9-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Peminat Cameron Diaz pasti tersenyum gembira sebaik mendapat tahu bahawa aktres berusia 50 tahun ini membuat pusingan U untuk kembali semula ke layar perak, selepas lapan tahun menyepi susulan pengumumannya mengundurkan diri daripada industri filem, kira-kira empat tahun lalu.


Namun, bintang Charlie’s Angels ini memberitahu, bekerja dalam industri filem sudah tidak sama seperti dahulu.




Harper's Bazaar





Diaz bakal muncul dalam sebuah filem Netflx, Back in Action bersama Jamie Foxx dan mengakui bahawa dia berasa cukup gementar untuk kembali ke lokasi penggambaran.


Dalam wawancara bersama Jimmy Fallon dalam program bual bicara The Tonight Show, Diaz berkata:


“Saya dah melakukan perkara (berlakon) ini terlalu lama, dan kemudian kembali melakukannya semula. Ia memerlukan otot memori saya untuk bergerak semula. Namun, ia tak sama seperti dulu.


Pada masa sama, Diaz turut memberitahu tentang perasaannya apabila dapat bekerja dengan Jamie sekali lagi, selepas mereka digandingkan dalam Any Given Sunday (1999) serta remake Annie (2004).


“Filem terakhir yang saya lakonkan bersama Jamie adalah Annie dan saya kembali berlakon semula, juga bersama Jamie.


“Dia seorang yang hebat, sangat profesional, berbakat dan mudah bekerjasama. Dia cukup menyeronokkan. Hanya Jamie Foxx sahaja yang boleh membuatkan saya kembali berlakon semula,” katanya.


Jamie akan menjadi pasangan pelakon Diaz di dalam Back in Action dan pada masa yang sama, dia juga turut bertindak sebagai eksekutif produser.




Sumber: Getaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu2 dorg kata dia asalnya pornstar
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat juga.. masa dlm movie there's something about mary
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 09:26 PM | Show all posts
Useful information
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 11:07 PM | Show all posts
Jamid Foxx & Cameron Diaz used to be studying in the  same school. Not surprised they are still friends.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052792 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list