CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

Dipukul Orang Ramai Curi Rak Restoran Pecel Lele Untuk Belanja Sekolah Anak

[Copy link]
Post time 23-9-2022 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Tular video lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat dicekup orang ramai kerana mencuri rak hadapan sebuah restoran bagi mendapatkan wang untuk membiayai persekolahan anaknya, lapor laman berita Detik.


Menerusi video itu, lelaki yang hanya dikenali sebagai AAL, 42, ditangkap orang ramai yang sesekali memukulnya kerana mencuri.




Gambar hiasan




Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Bogor, Iptu Desi Triana, kejadian itu berlaku pada malam Selasa lalu dan suspek diberkas polis  pagi semalam.


“Menurut maklumat, suspek mencuri kerana faktor ekonomi. Dia tidak mempunyai wang untuk diberikan sebagai belanja sekolah anaknya,” katanya.


Tambah Iptu, suspek mencuri rak hadapan sebuah restoran yang menjual menu pecel lele (ikan keli).


“Harga rak itu hanya 500,000 rupiah (RM152), jadi motif pencurian adalah keadaan ekonomi yang susah.


“Disebabkan nilai barangan yang diambil hanya 500,000 (RM152), pihak restoran tidak membuat apa-apa tuntutan kerana suspek benar-benar orang susah,” jelasnya.


Iptu berkata, suspek dan pemilik restoran akan berbincang mengenai kes tersebut di Balai Polis Cibungbulang untuk menyelesaikannya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052933 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list