CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

Shakira Berdepan Hukuman Penjara 8 Tahun Gagal Bayar Cukai RM68 Juta

[Copy link]
Post time 23-9-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Shakira boleh dihukum penjara lapan tahun atas dakwaan gagal membayar cukai kepada kerajaan Sepanyol sebanyak kira-kira RM68 juta bagi tempoh 2012 hingga 2014.


Penyanyi itu bagaimanapun enggan menjelaskan segala tuntutan tersebut kerana mendakwa dirinya tidak menetap di negara berkenaan sepanjang tempoh yang disebutkan itu.




IG Shakira




"Saya harus pertahankan kebenaran kerana tuduhan itu tidak benar. Saya tidak tinggal di negara itu selama lebih 183 hari setahun. Saya sibuk dengan komitmen kerja di seluruh dunia.


"Saya juga telah membayar apa yang mereka tuntut sebelum mereka memfailkan saman. Jadi setakat ini saya tidak berhutang apa-apa dengan mereka," katanya.


Sebelum ini, pihak kerajaan Sepanyol meminta penyanyi itu membayar cukai kerana tinggal di negara berkenaan lebih dari setengah tahun.


Shakira yang ketika itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola kebangsaan Sepanyol iaitu Gerald Pique juga mendakwa pihak berwajib negara berkenaan tidak telus dalam mengutip cukai.


"Saya telah mendapatkan nasihat dari sebuah firma yang pakar dalam bidang ini. Justeru saya percaya apa yang dilakukan selama ini adalah benar.


"ihak yang mengutip cukai sudah banyak kali melakukan tindakan sebegini. Bukan hanya kepada selebriti, malah juga kepada pembayar cukai lain," jelasnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054426 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list