CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 0

Las Vegas venue terbaru F1

[Copy link]
Post time 22-9-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode

LITAR Las Vegas menjadi tumpuan tahun depan. FOTO formula1

Paris: Formula Satu (F1) buat pertama kali memasukkan Las Vegas dalam kalendar 2023 menjadikan keseluruhan 24 perlumbaan.

Musim F1 tahun depan bermula di Bahrain pada 5 Mac dan tamat di Abu Dhabi, lebih sembilan bulan kemudian pada 26 November.

Las Vegas akan menjadi perlumbaan kedua terakhir sekali gus yang ketiga di Amerika Syarikat selepas Miami dimasukkan dalam jadual musim ini.

Namun perlumbaan Las Vegas bergantung kepada kelulusan sirkit daripada FIA, badan induk sukan pemotoran.


Grand Prix (GP) China yang kali terakhir berlangsung pada 2019 dan GP Qatar di Losail yang tidak dianjurkan tahun ini kembali menjadi venue perlumbaan.

GP Perancis kali pertama dianjurkan pada 1906 yang juga GP paling tua disisihkan. Sebelum ini pada 2009 dan 2017 ia digugurkan sebelum kembali berlangsung di Le Castellet.

GP Sochi yang digugurkan tahun ini susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine terus diketepikan daripada jadual perlumbaan manakala GP Belgium dan Monaco yang sebelum ini menjadi tanda tanya dikekalkan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... as-venue-terbaru-f1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052126 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list