CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Pelbagai] ...ANYTHING CREATIVE V2...

[Copy link]
Post time 7-10-2022 07:12 PM | Show all posts


LANGSUNG: Menteri Kewangan bentang Bajet 2023[size=0.82]Oktober 7, 2022 @ 4:09pm





Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat petang ini.



KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan sejumlah RM372.3 bilion akan diperuntukkan bagi Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion tahun lepas dalam bajet sebelumnya.
"Dengan tekad: "Keluarga Malaysia, Makmur Bersama", bajet ini akan memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan," katanya semasa membentangkan Bajet 2023 di parlimen di sini hari ini selepas banyak desas-desus menyatakan pembentangan ini tidak akan diadakan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau berkata dalam memastikan agenda Bajet 2023 yang responsif, kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal yang mengembang yang mana pendekatan ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan menyokong perniagaan.



Berikut adalah ucapan pembentangan beliau:

Kerajaan akan tambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak dengan membina wheelchair ramp
Kerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Dis, 2025 bagi menggalakkan peaburan hijau - Tengku Zafrul
Bajet 2023 menyediakan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar disediakan - Tengku Zafrul
Kerajaan komited untuk terus mensubsidi perkhidmatan pengangkutan udara dengan peruntukan RM209 juta bagi manfaat penduduk luar bandar
RM2.3 bilion diperuntukkan untuk sediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat buat murid-murid sekolah
Selaras dengan agenda memperkasa TVET, RM6.7 bilion disediakan di bawah tujuh kementerian utama yang melaksanakan pelbagai inisiatif TVET
Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian
Kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 ringgit kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang akan berkuat kuasa pada Oktober 2022
MRT3 Fasa 1 dijangka siap pada 2028 manakala Fasa 2 pada tahun 2030 - Tengku Zafrul
MRT 2 Fasa 2 dijangka mula beroperasi pada Jan 2023
Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan pada Januari 2023 libatkan peruntukan RM825 juta melebihi peruntukan tahun ini RM450 juta
Kementerian Pendidikan akan terus terima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM55.6 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun ini
Kerajaan sedia RM100 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik Tempatan bagi sokong pembangunan syarikat tempatan berasaskan teknologi – Tengku Zafrul
Cradle Fund akan sediakan peruntukan RM50 juta bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi di peringkat antarabangsa - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto ihsan Jabatan Penerangan

Kerajaan cadang status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia – Tengku Zafrul
Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa pada tahun hadapan
Insentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025 – Tengku Zafrul
RM20 juta disediakan secara geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan – Tengku Zafrul
RM20 juta disediakan bagi laksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk manfaat 1,000 graduan ceburi bidang keusahawanan
Dana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik bagi tarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi – Tengku Zafrul
RM10 juta disediakan kepada CREST untuk bangunkan aplikasi bagi industri automotif – Tengku Zafrul
Kerajaan komited capai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025 – Tengku Zafrul
HRD Corp akan sediakan RM750 juta untuk beri latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi tingkatkan produktiviti dan peluang pendapatan
Kerajaan melalui MDEC akan pelopori usaha transformasi UTC sebagai hab digital – Tengku Zafrul
Kerajaan cadang penubuhan 2 UTC baharu, selenggara UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta – Tengku Zafrul
MOF bakal lancar piawaian pelaburan, pastikan agenda kemampanan dipertimbang dalam proses pelaburan GLC – Tengku Zafrul
EKUINAS sedia pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta untuk setiap pelaburan – Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto ihsan Jabatan Penerangan

Atas keprihatinan Kerajaan kepada golongan susah dan B40, bantuan tunai di bawah JKM dan BKM tahun 2023 akan melebihi RM10 bilion
GLC, GLIC, komited buat pelaburan sehingga RM50 bilion bagi tahun 2023 – Tengku Zafrul
Kerajaan cadang lanjut galakan cukai bagi pembangunan harta intelek sehingga 31 Dis, 2025 – Tengku Zafrul
Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000
Khazanah Nasional akan labur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023 – Tengku Zafrul
KWSP akan teruskan pembangunan Kwasa Damansara, wujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan RM3 bilion sehingga 2025
Kerajaan cadang beri Elaun Modal Dipercepatkan dan mengecualikan cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal bagi memacu produktiviti, kecekapan melalui automasi - Tengku Zafrul
Kerajaan cadang lanjutkan insentif cukai bagi syarikat bersatus BioNexus untuk permohonan yang diterima sehingga hujung 2024 - Tengku Zafrul
Sebanyak RM250 juta disediakan untuk sokong pelaksanaan projek PPP berimpak tinggi
Pelan Induk Kerjasama Awam Swasta 2023-2032 akan dilancarkan bagi perkenal model PPP baharu
Pelaksanaan MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15 ribu dalam sektor awam dan 35 ribu melalui GLC
Mulai tahun 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus - Tengku Zafrul
RM150 juta disediakan di bawah Insentif Penggajian PERKESO, dijangka dapat buka peluang kerjaya kepada lebih 70 ribu pencari kerja


Insentif Penggajian di bawah PERKESO diteruskan bagi galakkan majikan sediakan pekerjaan kepada yang menganggur seperti golongan OKU, orang asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja
Petronas bercadang sumbang RM2 bilion ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) pada tahun 2023 - Tengku Zafrul
Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif e-Invois dan Tax Identification Number (TIN) secara berperingkat mulai tahun 2023 bagi memastikan sumber hasil yang mampan - Tengku Zafrul
Kerajaan komited teruskan program Jualan Murah Keluarga Malaysia di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta
Paras defisit bagi 2023 hingga 2025 dijangka terus berkurang kepada purata 4.4 peratus berbanding KDNK - Tengku Zafrul
Defisit fiskal 2023 diunjur berkurang kepada 5.5 peratus KDNK berbanding 5.8 peratus pada tahun 2022 - Tengku Zafrul
e-Pemula akan diteruskan dengan kredit dinaikkan kepada RM200, beri manfaat dua juta belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas libatkan peruntukan RM400 juta
Bagi galakkan ramai anak muda berniaga, RM305 juta disediakan sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank


Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM9 bilion bagi PKS untuk sektor strategik iaitu agromakanan, teknologi mampan, pelancongan serta vendor minyak dan gas - Tengku Zafrul
SemarakNiaga 2023 ditambah baik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion, berbanding RM40 bilion yang diumumkan bagi tahun 2022 - Tengku Zafrul
RM10 bilion dana pinjaman akan disediakan melalui Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan PKS serta menyokong agenda sekuriti makanan dan pemulihan sektor pelancongan - Tengku Zafrul
Kerajaan akan meneruskan Skim Pemulihan dan Sokongan Melalui Ekuiti atau RESET dan Skim Modal kerja dibawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd dengan dana keseluruhan berjumlah RM1 bilion - Tengku Zafrul
Sebanyak RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan
Kerajaan cadang perluas skop galakan sedia ada bagi pelabur individu dalam syarikat pemula melalui equity crowdfunding (ECF)
Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta
Bagi ringankan beban ibu bapa yang beri pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan setuju lanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukaisehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran Taska dan Tadika berdaftar
RM188 juta disediakan bagi program awal pendidikan kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) termasuk pembinaan 10 taska KEMAS
RM235 juta dana pembiayaan khas disediakan bagi dorong wanita tingkat kapasiti perniagaan dan tambah baik strategi pemasaran
Bajet 2023: Kerajaan akan perbanyakkan ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada wanita dengan peruntukan RM11 juta


Mulai tahun 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukaibagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
Bagi tangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, RM8 juta disediakan bagi perkukuh Pusat Sokongan Sosial Setempat
Atas keprihatinan Kerajaan kepada golongan susah dan B40, bantuan tunai di bawah JKM dan BKM tahun ini akan melebihi RM10 bilion
BKM 2023 akan beri manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion
Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu mengambil kesempatan menonton pembentangan Bajet 2023 menerusi telefon pintar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Perkarangan Stadium Gong Badak. - NSTP/Ghazali Kori

BKM 2023 akan beri manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion
Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000


Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2023 kekal memberangsangkan meskipun berdepan dengan cabaran global yang ketara seperti tekanan inflasi, ketidaktentuan ekonomi serta perubahan iklim, demikian menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan


Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak
Bajet 2023: Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah
Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima BKM RM2,500
Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000
Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah


Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima BKM RM2,500
Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan terus ditambah baik
3 penerima utama Bajet 2023 ialah Kementerian Kewangan (RM72.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion) yang merangkumi 44 peratus daripada jumlah perbelanjaan
Bajet 2023: Nasib golongan susah diberi keutamaan dengan peruntukan RM2.5 bilion bagi tahun 2023
Bajet 2023: Jabatan Kebajikan Masyarakat sedia pelbagai bentuk bantuan bulanan kepada golongan miskin seperti Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-kanak serta Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit kronik Terlantar
Lebih 450 ribu isi rumah layak terima bantuan bulan JKM
Kerajaan akan terus laksana dasar fiskal mengembang untuk pastikan agenda Bajet 2023 yang responsif
Peniaga Mohd Rani Abdullah, 64, menonton siaran secara langsung pembentangan Bajet 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Dasar fiskal mengembang diteruskan, sediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan sokong perniagaan
Bajet 2023 peruntuk RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion sebagai Simpanan Luar Jangka
Peruntukan untuk Bajet 2023 adalah RM372.3 bilion berbanding RM385.3 bilion pada 2022 (semakan semula daripada RM332.1 bilion)
RM2,500 Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2022 08:50 AM | Show all posts
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Maulidur Rasul

12 Rabiulawal 1444H | 9 Oktober 2022

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak. Aamiin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 08:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:45 PM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2022 10:18 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2023 08:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2023 08:26 AM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2023 09:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2023 09:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-1-2023 09:08 AM
Comel Deepika

Comel sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:12 PM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2023 07:12 PM | Show all posts

cuti sungguh...JJCM bbq town & seoul garden...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-1-2023 07:12 PM
cuti sungguh...JJCM bbq town & seoul garden...

Boring la kalu cuti lama x ke mana2
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 11:11 AM | Show all posts
Tashu replied at 22-1-2023 10:37 PM
Boring la kalu cuti lama x ke mana2

Nonton movie2
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 04:51 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 06:30 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 05:42 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 08:43 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 09:44 AM | Show all posts
Tashu replied at 22-1-2023 10:37 PM
Boring la kalu cuti lama x ke mana2

Tepek gambo juadah posa minggu dpn...kasi kreatif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.512721 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list