View: 2182|Reply: 35
|
[Dunia]
Ramai jual kereta jika pengangkutan awam cekap - Kaji selidik
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Semakin ramai rakyat Malaysia bercadang menjual kereta jika memiliki akses lebih baik kepada pengangkutan awam dan skuter elektrik.
Menurut tinjauan awam dilaksanakan Beam Mobility membabitkan 1,008 responden, sejumlah 76 peratus daripada 670 rakyat Malaysia yang menggunakan kereta ketika ini bercadang untuk beralih kepada penggunaan skuter elektrik dan pengangkutan awam.
"Sejumlah 26 peratus responden yang memiliki kereta lebih cenderung menjualnya jika mereka memiliki akses yang lebih baik kepada skuter elektrik dan pengangkutan awam.
"Ini kerana pada mereka kereta persendirian kurang berbaloi untuk disimpan," katanya.
Menurut Beam Mobility, walaupun memiliki kereta dianggap sebagai satu fasa di mana belia beralih ke peringkat seterusnya, namun keadaan itu telah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Di peringkat global, permohonan untuk lesen memandu berada dalam aliran menurun dan kini berada pada tahap terendah sejak Perang Dunia Kedua. Trend ini boleh dilihat di Malaysia juga – sementara minat untuk kereta masih kekal bagi sesetengah orang, namun jumlah itu semakin berkurangan," katanya.
Beam Mobility mendedahkan, permohonan lesen memandu adalah kerumitan yang tidak perlu untuk golongan milenium dan Gen Z dengan jumlahnya semakin meningkat.
"Memiliki kereta sendiri adalah lebih membebankan, terutamanya apabila faktor kewangan diambil kira. Apabila jumlah kos pemilikan kereta (dalam tempoh pinjaman lima tahun) boleh menelan kos sekitar RM95,000, program perkongsian kereta atau pengangkutan awam mungkin menjadi alternatif yang lebih baik dalam banyak aspek," katanya.
Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), rakyat Malaysia membelanjakan purata RM611 sebulan untuk pengangkutan sahaja, merangkumi 13.5 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.
Malaysia juga terkenal dengan kos pemilikan kereta yang tinggi dengan Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar raya kelima paling mahal untuk membeli kereta bersaiz sederhana.
"Di samping itu, idea untuk memiliki kereta yang susut nilainya dari tahun ke tahun bukanlah idea yang disenangi ramai hari ini," kata Beam Mobility.
Bagi mereka yang mampu membeli kereta persendirian dengan selesa, mereka masih terbeban dengan lalu lintas sesak setiap hari dengan rata-rata pemandu di Lembah Klang menghabiskan 44 jam setiap bulan untuk terperangkap dalam kesesakan trafik.
"Waktu ini sebaliknya boleh digunakan untuk rutin kecergasan atau menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga bagi membantu mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental yang sihat," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/09/1002626/ramai-jual-kereta-jika-pengangkutan-awam-cekap-kaji-selidik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penuh dengan binaan hiway je..
Iols tak.pasti bas dah improve ke belum skang...
Tp harap2 juga.lah bas dan tren dah improve...maybe ramai akan gunakan public transport ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kelate masih belum mampu untuk bermimpi menikmati kemudahan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi lah nk jual kete....takkn yg anak ramai sanggup nk heret naik bas. Yg anak 2 pun gigih tukar alza konon nk selesa |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la, klu i pun prefer public transport |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya bukan nak selesa sangat lah dik, mereka banyak fikir jika nak berjalan mahu angkut keluar besar mak ayah, makcik pakcik sepupu sepapat semua nak disumbatkan dalam satu kereta
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Ni sistem pun ke laut. Bas pun xtentu arah. Sampai 2 jam tunggu bas xde. Alasan bas kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Minami2013 at 20-9-2022 10:21 AM
I pun akan naik pengangkutan awam kalo cekap, murah dan selesa. Sbb the only way boleh force i utk jalan dan cukupkan 10k steps. Kalo tk kena naik treadmill. Masalahnya kat tempat i ni tak de pilihan selain drive. Harung je la jem pun.
Org akan jual kereta sbb lagi berbaloi je sewa kalo takat nk blk kampung atau bercuti. Tp kalo kemudahan so-so dgn cuaca panas merengat ni mmg ler tk sanggup. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 20-9-2022 05:08 PM
Penuh dengan binaan hiway je..
Iols tak.pasti bas dah improve ke belum skang...
Tp harap2 juga.lah b ...
Tiak lenget asyik peluh jenis bau budu ko jgn aniaya org naik bas nenaz.....please
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 20-9-2022 06:08 PM
Betul. Ni sistem pun ke laut. Bas pun xtentu arah. Sampai 2 jam tunggu bas xde. Alasan bas kurang.
Negara jiran terlampau pampered pulak rakyatnya...sampai disediakheun apps to download utk tahu the next bus that is coming ..to that very detailed...canggih siot...
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi mengamuklah atok engkau
my prieeeeciouussssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla nepal indon aman2 tempat tinggal percuma utility percuma jalan kaki 10 meter sudah sampai tempat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
sb tu gomen x bagi PA tu elok...kasi maju kawan@kapitalis niaga keta buat duit... |
|
|
|
|
|
|
|
Biar pun stesyen MRT dpn umah aku, xde maknanya aku nk jual keta. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok tempat lah kan
klu mcm aku duduk kampung ni mmg perlu ada kereta
lg pun keluar dating sedap ada kereta sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong laa improve public transport kat KL.
Letohh wehh hadap jem |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ada family memang prefer naik kereta. Jadi kerajaan kena target orang2 single bujang dan andartu macam nasha aziz tu supaya boleh tarik deorang naik public transport hari2. Macam kat landen tu kota nya cantik dan boleh cucu mata. Nak naik pub transport pun rasa best. Yang kat Malaysia ni hmmm... Iols naik kalau terpaksa jah agittuh. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau me memang prefer public transport malang nya dekat utara ni payah benor la nak dapat public transport |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Pengalaman drive rental car cross Manhattan & London dulu. Nyesal pun ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|