View: 4121|Reply: 62
|
[Jenayah]
Rogol dua anak kandung: Bapa dipenjara 426 tahun, 240 sebatan
[Copy link]
|
|
MELAKA: Seorang penyelia syarikat pelaburan dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan hukuman penjara itu berjalan serentak dan berperingkat dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 September 2022, lantas menjadikan hukuman keseluruhan berjumlah 45 tahun dan maksimum 24 sebatan.
Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas mempertimbang pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa serta hujah pendakwaan.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang berusia 56 tahun itu melakukan tindakan jijik berkenaan di kediamannya di dalam daerah Melaka tengah sejak kedua-dua mangsa berusia 12 tahun.
Tertuduh turut menggunakan alat mainan seks terhadap mangsa selain berani melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya berada di rumah.
Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September 2022.
Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari memohon hukuman berat dengan tempoh pengasingan yang lama dikenakan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang didakwa atas 28 pertuduhan itu merayu mahkamah mengambil kira keadaan kesihatannya yang merosot, selain telah insaf dan mendakwa keluarganya sudah memaafkan perbuatannya berkenaan.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut untuk membunuh isteri dan anak-anaknya.
Majistret Mazana Sinin mengarahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen di sini atas 28 pertuduhan membabitkan kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya, sejak tujuh tahun lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/rogol-dua-anak-kandung-bapa-dipenjara-426-tahun-240-sebatan/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, hari ni baru 20hb, wife buat report 5hb pas tu ko kata dah insaf.. padahal ko rogol anak ko tu bertahun2 tak insaf .. baru beberapa hari kena tngkap terus insaf... |
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya ada la yg pedajal lumur garam kasar kat bontot pesalah ni lepas kena sebat. Aku geram betul la duit taxpayer digunakan untuk bagi makan kat banduan takgune camni. Membazir betul.
Cepat2 la bontot dia kena rodok |
|
|
|
|
|
|
|
dr buang masa penjara lama2
bunuh jela si sial ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kann.. tetiba kata keluarga maafkan.. gila apa.. anak suka ke kena rogol mcm tu sampai blh maafkan..
Masakkk la ko dok dlm sel tu sampai reput |
|
|
|
|
|
|
|
Gila mamat ninmemng patut dihukum seberat2 nya tapi cepatnya jatuh hukum 5hb kantaoi, 20hb dah jatuh hukuman.. |
|
|
|
|
|
|
|
elok bunuh je org mcmni pastu bg anjing makan. tak guna betul! |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 20-9-2022 04:49 PM
dr buang masa penjara lama2
bunuh jela si sial ni
kan...yg cam ni baru t20 boleh meroyan guling atas jln.."ko perabeh duit tax kami" |
|
|
|
|
|
|
|
"Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September 2022."
Gila lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ppandai2 je buat andaian.family dah.maafkan..
Entah2 depa.mendoakan yang buruk2.utk ko sebab aniaya fanily.sundiri..
Iols harap dia membusuk dalam.jail.tu |
|
|
|
|
|
|
|
ulamalu replied at 20-9-2022 05:05 PM
"Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebu ...
Hancur hati maknya..apa la perasaan anak2 dia masa kena rogol. Bapak durjana. Semoga mereka tidak jumpa lagi terus mati kat penjara sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillahiminzalik.
Geram pulk iols. Speechless btul dgn spesis perangai jahiliah mcm ni. Hrp ank dia kuat lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi hukuman ni jatuh terus ya. Cepat proses. Sebab tertuduh mengaku bersalah eh |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anak-anak beliau mendapat bantuan dan rawatan yanh diperlukan. Dan diberikan ketenangan dari makhluk yang hina ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Sujud syukur aku ke hadrat mu Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim Ya Latif Ya Wadud
Sebelum ni masa baca kisah si jahanam ni di thread lagi satu buat aku kemurungan dengan kekejaman si bangsat 'Haruan Makan Anak' ni |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 20-9-2022 04:46 PM
Harapnya ada la yg pedajal lumur garam kasar kat bontot pesalah ni lepas kena sebat. Aku geram betul ...
Lumur garam buat apa.. curah asid hidroklorik je lah dalam jubo babi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sial gile perangai aku harap dia mampos dalam penjara. Harap banduan lain buat kerja setelkan je si tua ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|