LONDON: Britain mengucapkan selamat tinggal kepada Ratu Elizabeth II hari ini dalam upacara pengebumian yang dihadiri pemimpin dunia, disusuli perarakan penuh adat melalui jalan raya London.
Ribuan orang berhimpun untuk menyaksikan keranda diliputi bendera, dengan hiasan diraja termasuk Mahkota Imperial State, dibawa dalam perarakan penuh adat dari Westminster Hall, di mana baginda ditempatkan untuk penghormatan terakhir sejak Rabu lalu.
Pedati meriam yang membawa keranda bagindayang digunakan untuk pengebumian diraja sejak kemangkatan Ratu Victoria pada 1901- dibawa oleh 142 kelasi Tentera Laut Diraja ke Westminster Abbey. Loceng gereja berusia 1,000 tahun juga dibunyikan setiap seminit selama 96 tahun, menandakan usia baginda ketika kemangkatannya.
Ratu paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain itu mangkat di istananya di Balmoral pada 8 September lalu. Putera sulungnya, Raja Charles III bersama tiga beradiknya turut mengiring perarakan itu.
Turut mengiringi, anak sulung Charles, Putera William, dua anaknya George dan Charlotte, serta adiknya Putera Harry dan ahli keluarga diraja lain.
Perarakan kemudian diteruskan ke Istana Windsor sebelum Ratu Elizabeth dikebumikan bersama ayahandanya, Raja George VI, bondanya Ratu Elizabeth dan adiknya Puteri Margaret, manakala keranda suaminya Putera Philip yang meninggal dunia tahun lalu pada usia 99 tahun juga akan dipindahkan untuk diletakkan di sebelahnya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 20-9-2022 01:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
"Loceng gereja berusia 1,000 tahun juga dibunyikan setiap seminit selama 96 tahun, menandakan usia baginda ketika kemangkatannya."
Biar betul akan dibunyikan setiap minit selama 96 tahun? Lama tu.
Post time 20-9-2022 01:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Mahathirina at 20-9-2022 01:55 AM
Rasa bodoh tak satu planet ni lahir untuk sembah pempan tua sekor ni?? Elok la mampus.. Keturunan dia pun tak berguna macam si Andrew & Harry tu. Semoga husnul khotimah.. Amen.
Post time 20-9-2022 07:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mahathirina replied at 20-9-2022 01:53 AM
Rasa bodoh tak satu planet ni lahir untuk sembah pempan tua sekor ni?? Elok la mampus.. Keturunan ...
Bodoh dan membazir. Iblis bertepuk tangan.
Kematian raja2 ni memang menyusahkan pun. Berhari2 perah otak dan tenaga untuk buat majlis mati pun gilang gemilang.
uolss cakap macam ni kan, tetiba iolss teringat.
dorang kan dah rehearsal upacara ni masa QE ni hidup lagi kan?
ntah2 orang yg terlibat masa rehearsal tu pun dah meninggal dulu sebelum QE ni meninggal