CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 827|Reply: 0

‘Budak nakal’ sapu dua pingat emas

[Copy link]
Post time 19-9-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode

NG CHUN CHEN menunjukkan dua pingat emas yang dimenanginya dalam acara berpasukan dan individu all-around gimnastik artistik Sukma ke-20 di Gimnasium 3 MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar: AIZAWATI AHMAD



KUALA LUMPUR: Budak nakal dari Pulau Pinang, Ng Chun Chen menyapu dua pingat emas dalam acara gimnastik artistik lelaki all-around dan berpasukan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN) dekat Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gimnas kebangsaan berusia 20 tahun itu mengumpul 77.850 mata untuk memenangi pingat emas.
Perak menjadi milik seorang lagi atlet negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam dari Terengganu setelah mengutip 76.900 mata, manakala atlet Perak, Luqman Al Hafiz Zulfa meraih gangsa apabila mengumpul 76.350 mata.

Untuk acara berpasukan, Pulau Pinang turut menyapu emas dengan kutipan mata tertinggi 282.300.
Perak serta gangsa pula dimenangi Sabah (262.450 mata) dan Johor (260.250 mata).

Sebanyak enam apparatus perlu diharungi peserta iaitu senam lantai, melombol, gelang, kekuda pelana, palang sejajar dan palang tunggal.

Chun Chen ketika ditemui pemberita berkata, kejayaannya memenangi dua pingat emas adalah berkat kerjasama rakan sepasukannya.

“Tanpa mereka saya juga tidak akan ke mana-mana. Bagi saya acara berpasukan lebih utama berbanding individu,” katanya.

Penuntut Universiti Asia Pasifik dalam jurusan Pengurusan Perniagaan itu memberitahu, dia berterima kasih kepada ibu saudaranya yang mendedahkannya dalam sukan gimnastik.

“Saya mula menceburi sukan ini sejak berusia tujuh tahun. Semasa kecil saya seorang budak yang nakal dan ‘hyper-active’.

“Daripada situ, saya mula serius dalam sukan gimnastik sehinggalah saya dipilih mewakili skuad kebangsaan pada usia 10 tahun,” ujarnya.

Mengulas mengenai persembahannya, hari ini, Chun Chen menjelaskan, dia ada melakukan sedikit kesilapan sewaktu melakukan disiplin palang sejajar dan melombol.

Tambahnya, kecederaan kecil di buku lali turut menyukarkannya untuk memberikan persembahan terbaik.

“Persaingan hari ini juga sangat sengit dengan Aimy dan Luqman turut beraksi baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/terkin ... pu-dua-pingat-emas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.079871 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list