CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 0

Getah tak pengaruhi harga tayar naik tiga kali

[Copy link]
Post time 18-9-2022 10:20 AM | Show all posts |Read mode

HARGA tayar kenderaan naik beberapa kali tahun ini sehingga memberi beban kepada orang ramai. – GAMBAR HIASAN
Getah tak pengaruhi harga tayar naik tiga kali

PETALING JAYA – Harga getah asli tidak mempengaruhi harga tayar kenderaan secara terus meskipun harga komoditi itu kini menjunam ke paras RM2.30 sekilogram.

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr. Zairossani Mohd. Nor menjelaskan, kenaikan harga tayar di luar kawalan LGM meskipun harga getah asli jatuh ketika ini.

“Kita tidak boleh kaitkan harga getah asli dengan tayar ken­deraan kerana yang menentukannya harga tayar adalah syarikat pengeluar tayar itu sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! Rabu lalu mengenai harga tayar yang sudah mengalami kenaikan antara tiga hingga enam kali tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kenaikan harga tayar turut melibatkan kos yang lain.

“Getah asli sebahagian sahaja dalam pembuatan tayar, getah yang diguna pakai sewaktu buat tayar hanya 10 ke 15 peratus sahaja, manakala tayar bas dan lori 20 ke 30 peratus dan lain adalah bukan berkaitan getah.

“Untuk mengatakan harga tayar naik disebabkan getah adalah tidak adil, perlu kira kos logistik, upah pekerja dan bahan yang lain juga. Kami juga menghadapi kenaikan harga dari sudut ber­kenaan,” ujarnya.

Ujar beliau, selain itu antara faktornya adalah China pengguna terbesar getah masih berada di dalam tempoh ‘lockdown’.

“Aktiviti pengilangan di China pada tahap yang rendah membuatkan permintaan getah me­nurun. Ini termasuk negara Eropah yang kini bergolak. Setakat ini, harga getah turun naik.

Untuk rekod, pengeluaran getah asli meningkat 21.2 peratus pada Julai 2022 (36,006 tan metrik) berbanding pada Jun 2022 (31,369 tan metrik), perbandi­ngan tahun ke tahun me­nunjukkan pengeluarannya menurun 21.8 peratus (Julai 2021: 48,610 tan metrik).

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 53,771 tan metrik pada Julai 2022 menurun 8.4 pe­ratus berbanding Jun 2022 (58,685 tan metrik) dan China terus menjadi destinasi utama berjumlah 48.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... yar-naik-tiga-kali/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.268173 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list